Thursday, 27 January 2005

Novell SUSE Linux open day

Saya telah pergi ke Novell SUSE Linux open day yang diadakan di The Gurney (Hotel), Persiaran Gurney, Pulau Pinang pada hari ini. Saya telah medaftar untuk dua sidang, pagi dan petang.

Sidang pagi menceritakan tentang Novell dan pengambilalihan SuSE Linux. Kemudian diceritakan tentang Novell one Net Solution: maklumat tanpa sempadan (termasuk sempadan hardware, dan sistem pengoperasian). Antara yang menariknya one Net dapat menguruskan akses pengguna kepada maklumat (pelbagai sistem yang berasingan, pelbagai platform) dengan single-sign-on, 'cutomized' dan lebih sekuriti. Seterusnya one Net mengurangkan bebanan pengurusan network.

Novell one Net terbahagi kepada Novell exteNd, Novell Nsure, Novell Nterprise, dan Novell Ngage.

Sebelah petangnya saya menyertai Novell SUSE Linux Technical Enablement di mana saya diterangkan cara menginstall (dualboot) SUSE Linux Enterprise Server 9 (dalam laptop) .

Kini website opensource (http://10.216.14.230) telah diupgrade dari RedHat Linux 9 ke SLES9.

No comments:

Post a Comment