Tuesday, 15 March 2005

Onegai Teacher! (Please Teacher!) - Ulasan Anime


Semalam saya telah meminjam sebuah laptop, saya dapati yang laptop itu ada DVD drive. Maka malam itu saya membeli DVD di kedai. Saya beli 12 episod anime Jepun "Onegai Teacher".

Sebelum ini saya telah melihat siri lanjutan (sequel) kepada Onegai Teacher iaitu Onegai Twins. Onegai Teacher mengisahkan seorang alien (yang cun), KAZAMI Mizuho menjalankan kajian di bumi. Beliau di bumi menyamar sebagai seorang guru. Pada malam kehadirannya, beliau telah dilihat oleh protagonis citer ini, KUSANAGI Kei. Kei yang sering sakit akhirnya telah merahsiakan identiti sebenai Cikgu Mizuho (Kazami sensei). Malah ada insiden salah faham yang menyebabkan akhirnya mereka berkahwin secara rahsia.

Kei dan Mizuho seterusnya meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri dengan merahsiakan perkahwinan mereka, dan identiti sebenar Mizuho daripada rakan-rakan dan guru sekeliling.

Kemesraan mereka sebagai suami isteri sering terhalang, sebagai contoh: semasa musim sekolah, mereka sebolehnya cuba mengelakkan rakan daripada datang ke rumah, malah semasa bercuti berbulan madu pun mereka terserempak dengan rakan sekolah. Walaupun berbulan madu telah berakhir, mereka masih lagi belum dapat menikmati malam pertama bersama. Semasa cuti musim panas pula, ibu mertua dan adik ipar (p) Kei, Maho datang melawat. Kehidupan Kei bertambah sukar dengan adanya adik iparnya itu. Setelah perselisihan dengan Kei dengan Maho diselesaikan, barulah Maho dan ibunya balik ke angkasa. Kemudiannya dalam separuh akhir siri ini, Kei akhirnya dapat melaksanakan 'tanggungjawabnya' sebagai seorang suami.

Walaupun telah merasa malam pertama, tapi cerita belum habis... dalam episod-episod terakhir Mizuho dan Kei terpaksa berdepan dengan dugaan kasih sayang, serta hidup dan mati (ingat ya, bukankah Kei ada penyakit). Oleh kerana ingin selamatkan Kei, Mizuho telah melanggar peraturan serta dilucutkan jawatan (oleh orang atasan di planet Mizuho), dan 'mahkamah' planetnya juga memutuskan untuk memadam memori dan bukti kewujudan Mizuho di Bumi termasuk suaminya, Kei. Apakah yang akan terjadi dengan cinta mereka? maaf ya, saya tak dapat beri kesudahan cerita ini kepada anda.

Cerita ini menceritakan percintaan yang tidak senang diperbincangkan di Jepun, cinta dan perkahwinan antara guru dan murid. Walaupun begitu, untuk kita di Malaysia ini ada baiknya juga. Cerita ini juga menceritakan tentang kehidupan bercinta selepas kawin. Setengah orang kata lebih bahagia kalau cinta dulu baru kawen, ada pula yang sebaliknya. Onegai Teacher menceritakan sedikit tentang pahit manis kisah pasangan yang kahwin dahulu dan bercinta kemudian.

Friday, 4 March 2005