Wednesday, 15 June 2005

My Internet Explorer got hijacked!

Beberapa bulan yang lepas dalam kekalutan saya mendapatkan codec software untuk tengok video jenis Ogg Media, saya telah terpasang browser hijacker. Alhamdulillah, browser hijacker itu bukan jelis lucah atau jenis perjudian.

Browser Hijacker berfungsi seperti program spyware yang lain cuma sasarannya spesifik kepada pelayar web yang anda guna -- selalunya Microsoft Internet Explorer. Bergantung kepada jenis, program perampas ini kadang kala menambah pintasan (SHortcut) ke dalam folder Favourites anda. Kadang-kala halaman pertama (home page) browser anda ditukar tanpa pengetahuan anda, mungkin daripada asalnya USM kepada website lucah. Kadang kala, fungsi butang BACK dan FORWARD browser anda langsung tidak boleh digunakan. Ada pula yang terus tidak membenarkan anda mengawal setting anda terhadap browser tersebut. Sebenarnya program ini merubah setting yang ada di Registry (yang sukar difahami oleh orang biasa, dan kadangkala juruteknik komputer) selalunya tanpa pengeahuan kita.

dalam kes saya, browser Internet Explorer saya dirampas dengan homepej browser saya ditukar. Pop-up iklan akan selalu keluar walaupun saya tidak menggunakan IE. Setiap pop-up yahoo messenger, 2 pop-up iklan akan muncul. Sudah tentunya kod dalam windows registry PC saya telah berubah. Dengan beberapa perisian yang telah saya pasang, saya dapat tahu yang walaupun saya mengubah homepej saya kepada yang saya kehendaki, program ini akan cuba mengubahnya dengan mengubah kod dalam registry. Program ini tidak mengambil "NO" sebagai jawapan.

Ubatnya...

  1. Cara yang paling mudah untuk mengurangkan risiko ini ialah dengan tidak menggunakan Internet Explorer. Ini kerana hampir semua program browser hijacker, hijack Internet Explorer. Sebagai alternatif, gunakan Firefox untuk browsing biasa. Sekiranya perlu juga, HANYA gunakan IE sekiranya ada website yang paksa anda gunakan IE.

  2. Jika anda boleh menggunakan OS selain Windows, gunakan ia (eg. Linux, Mac, BSD, Unix)

  3. Untuk pengguna Windows XP, pasangkan Service Pack 2 dalam sistem anda.

  4. Sekiranya anda telah terkena, cuba HijackThis. HijackThis merupakan program yang menganalisa dan memperbaiki sebarang seting pada Windows Registry. Gunakan Spyware Guard untuk mengurangkan risiko terkena browser hijack di masa akan datang. Perhatian: HijackThis dan Spyware Guard memerlukan anda mempunyai pengetahuan teknikal.



Diharap maklumat ini berguna kepada anda

No comments:

Post a Comment