Monday, 3 April 2006

1 April - Hanya tambang sahaja yang berubah

Saya telah menaiki bas dari Jeti Pulau Pinang ke Sungai Dua... Dari pengamatan saya, perubahan yang diwar-war menteri hanyalah tambang sahaja. Yang lain semuanya seperti biasa. Bas tetap menunggu hingga penumpang penuh maksimum sebelum bergerak. Tidakkah mereka fikir akan penumpang yang akan naik bila bas tiba di KOMTAR? Jika mutu perkhidmatan masih lagi di takuk lama, mengapa tambang pula dinaikkan? Sepatutnya dengan tambang naik, mutu perkhidmatan mestilah naik.

Sepanjang 3 tahun bekerja di Pulau Pinang, saya dapati perkhidmatan pengangkutan awam masih teruk, dan tidak berubah, cuma yang berubah tambang, daripada 80sen (baki tidak dikembalikan) kemudian RM 1.00, dan kini RM 1.30 (Jeti - USM). Malah tambang teksi juga melampau ...semua tambang bermula dengan RM 12.00. Tambang dari USM ke Jeti pula adalah RM 20.00

Di Kuala Lumpur, walaupun taraf hidup lebih tinggi, tambang teksi lebih murah berbanding Pulau Pinang. Perkhidmatan bas lebih baik.

Adalah diharapkan perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang akan bertambah baik. Jika tidak, buka sahaja tender kepada syarikat lain yang mahu merebut peluang

No comments:

Post a Comment