Wednesday, 30 January 2008

OpenSolaris

picture of OpenSolaris paper casing picture of OpenSolaris DVDs


Two days ago I received a package, it's from oversea. At first I thought it was Canonical sending me some Ubuntu CDs. But I notice this time it is not from Europe. I is from U.S.A. After I check I receive opensolaris starter kit.

The Starter kit consist of two DVDs. Disk one contains OpenSolaris learning materials, Belenix LiveCD, Schillix LiveCD, Nexenta LiveCD, Nexenta Install, and OpenSolaris Source. Disk 2 contains Solaris Express Community Edition b76 including: Sun Studio Tools, NetBeans, StarOffice (yup, staroffice).

I like to thank Afrezal Abdul Karim for jolting me with some facts about contributing to the Free Software / Open Source Software community. Because of him, I starts localize some projects. At this momment, I am localizing Wordpress.
image of OpenSolaRIZ

Relau la pulak


Kejadian ini berlaku di Relau, seberang PISA. Ia berlaku semalam. Berita mengenainya ada dalam akhbar Kosmo! hari ini.

Monday, 28 January 2008

Kemalangan di Sungai Nibong


Kemalangan ini berlaku pada kira-kira 8:30 pagi. (Saya mendengar bunyi dentuman kemalangan) Ia melibatkan sebuah Perodua Viva dengan sebuah motosikal. Penunggang motosikal cedera. Sejurus kemudian, satu unit kereta peronda polis yang kebetulan sedang meronda di jalan tersebut datang. Ambulans tiba kiraa-kira jam 8:45 pg

Friday, 25 January 2008

Gempar! Duyung muncul di Malaysia

PULAU PINANG (Jumaat 25 Januari 2008). Duyung merupakan mitologi yang terkenal. Tetapi siapa sangka, baru-baru ini KRU dengan bermurah hati membawa 'duyung'nya untuk tatapan warga USM. Bagi yang terlepas peluang, jangan kecewa, nantikan kemunculannya semula pada 6 Mac 2008 di pawagam berhampiran. Sementara itu, anda boleh 'intai' 'duyung' ini di

http://www.duyung.net




ah... kalaulah aku dapat sedikit fulus dari KRU kerana promote filem ini kan bagus.

Monday, 7 January 2008

MyGOSSCON Hari 0.5 - Road to MyGOSSCON

Datuk Azalina dalam Press Conference tiket ERL
Emi, MAS stewardess
Putrajaya Sentral
Hari setengah. Gambar di atas di ambil semasa saya dalam perjalanan ke MYGOSSCON yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre. Maknanya belum sampai lagi la.

Perjalanan dari Sungai Buluh ke Putrajaya mengambil masa yang agak lama. Anda kena ke stesen komuter Sungai Buluh dan membeli tiket ke KL Sentral (RM 2.10). Melainkan jika ada masalah seperti tanah runtuh, anda tak perlu menunggu komuter lama-lama.

Kemudian bila di KL Sentral, turun, tukar tren, naik ERL pula. Kebetulan hari itu, Menteri Belia dan Sukan ada buat Sidang Media di KL Sentral.

Lepas tangkap gambar, aku beli tiket ERL. Tiket ERL KL Sentral - Putrajaya harganya RM 9.50. Tak seperti komuter, anda perlu menunggu lama untuk tunggu ERL. Kalau terlepas ERL, biasanya paling lama kena tunggu 1/2 jam. Berbanding komuter, semasa dua hari saya di KL, tidak terdengar langsung pasal masalah dengan ERL.

Lagi satu yang bestnya, ERL ni ada penyeri mata. 'Penyeri' dalam foto ini namanya Emi. Foto ini asalnya ada muka aku dalam tu, Emi kat background. Aku edit gambar ni supaya tinggal Emi yang cute sahaja. Emi pada hari itu, dalam perjalanan untuk penerbangan ke Taipei. Di sana, dia akan menetap di 'asrama' yang disediakan MAS selama dua hari. Bilik 'asrama' untuk anak kapal MAS ni selalunya berada dalam bangunan perkataan hotel di depannya. Cheh, cakap la hotel. Menurut Emi lagi, untuk menjadi peramugari MAS, dia perlu melalui empat saringan temuduga.

Lepas turun di Putrajaya 'Sentral'. Putrajaya 'Sentral' ni macam KL Sentral sikit cuma yang bezanya, Putrajaya Sentral ni lengang. Takde kedai dan kiosk seperti mana dalam KL Sentral. Binaan bangunan ini ada la ala-ala macam airport sikit. Di sini aku boleh pilih antara bas atau teksi. Jika nak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), saya sangat sarankan anda naik teksi. Dengar ceritanya, jika naik bas, anda terpaksa menapak jauh untuk ke PICC.

Kemalangan di Sungai Ara


Dalam perjalanan ke tempat kerja, saya terserempak dengan satu kemalangan yang telah berlaku. Kemalangan membabitkan sebuah kereta (tiada dalam gambar) dengan sebuah motosikal (dalam gambar). Kemalangan berlaku di persimpangan ke Taman Sri Bayan dan berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana. Dua buah kereta peronda polis telah tiba ke tempat kejadian. Sejurus selepas saya menyarungkan kamera, sebuah ambulans diiringi oleh seorang anggota polis trafik bermotor telah hadir untuk membawa mangsa ke rawatan.

Friday, 4 January 2008

Kelas Blog di USM

PPKT semasa cuti sekolah baru-baru ini telah menganjurkan kelas ICT untuk mereka yang dibawah 18 tahun. Pada tahun-tahun sebelum ini, aktiviti ini selalunya dinamakan "IT-Xplorer atau IT-Explorer". Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kelas-kelas ini diadakan secara individu dan berasingan.


BPS: Blog Programmer Syberizman telah dijadikan sebagai rujukan dalam membina sebuah blog yang baik

Salah satu kelas yang diadakan adalah kelas membina blog menggunakan blogger.com. Kelas ini telah diajar oleh En. Razif. En. Razif kita telah mengajar dengan menggunakan contoh dari real life blog seperti BPS - Blog Programmer Syberizman, dan Balada Programmer Jalanan. Terima kasih kepada En. Razif kerana sudi menjadikan blog saya sebagai bahan pengajaran dalam kelas membina blog beliau.


Blog Balada Seorang Programmer Jalanan turut menjadi contoh dalam kelas En. Razif. Dengan contoh-contoh blog yang menarik, peserta memberikan penumpuan yang penuh terhadap pengajaran En Razif