Friday, 15 February 2008

my new PC

Lama sudah aku mengidam nak laptop ni. Sebelum aku kahwin dulu dah ngidam dah. Masa tu konon nak tunggu dulu sampai Windows Vista keluar. Bukannya aku nak pakai laptop yang berVista tapi, biasanya bila ada windows baru, penanda aras spec komputer dah naik sikit.

Lama menunggu, peruntukkanku untuk beli laptop tu dah habis lesap ke pelaburan haram Buy-E-Barrel dan MyDinar.net. duit BuyEBarrel lesap gitu aje, sekurang2nya dengan MyDinar, saya dapatlah juga 40,100 Dinar Iraq.

So lama-lama Windows Vista pun keluar, Microsoft masuk kampus... student present ke'WOW'an Vista (yang tak berbalui dengan duit, sedangkan dalam FLOSS ada Beryll atau Compiz yang boleh buat lebih dari astetika vista). Aku dah takde duit nak beli laptop.

So apply punya apply kad kredit kena reject. Lastly bulan 11/2008 apply loan komputer company. Loan ni macam loan kerajaan gak. 4% setahun ke atas baki. Kira terendah antara semua loan.

Dah masuk bulan 2, haram takde berita. Dengar cerita, pegawai-pegawai tinggi yang nak kena luluskan ni belum bermesyuarat.

Pastu ternampaklah sebuah komputer di sebuah kedai barangan elektriknik (elektrik + elektronik) yang pamerkan HP Pavillion tx 1000 dengan harga yang aku rasa murah dengan apa yang laptop itu tawarkan. Ia juga sebuah tablet PC. Jenama majikan kawan aku yang kini dahhulunya programmer jalanan, kini dalam usaha nak jadi programmer jutawan.

Aku terpikat lalu aku carilah usaha, lalu aku apply personal loan. Akhirnya loan aku diluluskan, aku beli dengan menggunakan kad debit visa elektron financier aku.

Bila difikirkan balik, tak tersangka yang aku akan dapat membeli sebuah tablet PC dengan harga 40% lebih murah daripada kebiasaan harga tablet PC. Tapi tablet PC ni tak menggunakan AMD Turion 64 x2, sebaliknya menggunakan AMD Athlon 64 x2 (yang dikatakan kuat makan bateri = cepat panas).

Kini aku dah apply mobile internet (broadband) pula.

No comments:

Post a Comment