Friday, 14 March 2008

Balik office lama sat

Petang tadi aku singgah ke office lamaku sekejap. Ada hal CRM dengan orang network. Ceh, dia takde dalam biliknya... Aku pun turun keluar nak balik. Kemudian seorang student practical minta tolong aku settlekan masalah student dengan laptopnya. Masalahnya website dia tak memaparkan gambar dan link yang betul lepas upload ke dalam geocities. Terus aku jawab dengan konfidennya yang hyperlink mereka salah... Alhamdulillah adalah sedikit ilmu untuk aku kongsi.

Sedang aku nak menyumpah mereka sebab tak belajar HTML. Baru la aku perasan yang depa ni cuma student farmasi je. Tetiba aku sabar, tarik nafas, dan ubah pendekatan. Aku ajar dua student farmasi yang come lote tu untuk ubah semua link yang salah (contohnya... file:///C://MyDocuments...... )... tinggalkan 'namafail.ext(ension)'. Dalam tengah ajar tu baru la perasan salah sorang daripada dua ni dok jauh sana... aku pun ajak la mai dekat. senang nak tengok.

Aku hanyut mengajar hinggalah aku perasan yang jam dah 5:30 dah. Aku tamatkan dengan menunjukkan kepada mereka dua websiteku masa zaman aku student dulu dan website kini.

Fokusku takdelah nak menggatal, tapi ahh... kalaulah ada orang tangkapkan gambar kan bagus.

Memang hanyut... lupa lak tujuanku nak jumpa orang network

takde ramai macam ni

No comments:

Post a Comment