Thursday, 13 March 2008

Friday night lust! (Desakan nafsu malam Jumaat untuk menegur awek di Giant)

just forget about this.

gambar hiasan

Aku sampai Giant, then aku park moto, tetiba mataku terpukau melihat seorang gadis berambut maggi, bersolek dan berbedak tebal, dan berpakaian bak artis/pelakon watak remaja dalam drama swasta. Aku buka helmetku dan masukkan ke dalam kotak GIVI. Dalam hatiku berkata, "mungkin dia tunggu pakwe kot, hai pakwe manalah biarkan awek tunggu kesejukan sorang-sorang di kuar".

Oh ingin aku menegurnya dan berkata yang dia bagai artis... Aku ingin masuk Giant, tapi aku perlu melewatinya untuk ke pintu terdekat. Ada can nak tegur.

Sambil mataku tak lepas melihat wajahnya, aku berjalan... rasanya tak dapat nak melepaskan nafsuku untuk menegurnya... lebih kurang dalam 2-3 meter jarak kami, tiba-tiba tangan kiriku dengan automatiknya mengangkat malas kepadanya... Dia tersenyum, membalas 'salam'ku. Lantas aku gunakan peluang itu untuk menegurnya.

"Ingatkan artis tadi"... kataku.

Dia menunduk senyum...

Huh lega... pasti lepas ini mindaku tidak meronta-ronta selepas ini kerana aku telah menunaikan kehendak nafsu kecilku ini. Aku kemudiannya teruskan perjalananku masuk ke dalam Giant melewatinya. Ye la tak nak la kacau awek orang. Itu pun kalau awek... kalau bini orang, tak ke naya...

No comments:

Post a Comment