Tuesday, 23 September 2008

Iftar ICT Penang


MInggu lepas aku telah menghadiri Majlis Jamuan Iftar ICT Penang di Pen-Mutiara Curry House. Iftar tu menurut Nas adalah perkataan Arab bagi berbuka puasa. Malah katanya lagi penggunaan berbuka puasa tu tak betul, patutnya iftar tu tamat puasa, bukannya buka puasa.


Menu: Nasi, Kari kepala ikan, Bawal tiga rasa, Sotong goreng tepung, Udang (masak merah), Kailan ikan masin, Kerabu mangga, Telur bungkus, Sambal Ulam, Buah-buahan, dan yang takleh lepas... air dia Limau Asam Boi


Sabarlah sayang, ulam dan sambal tu tak lari ke mana


Bila azan berkumandang, kari kepala ikan pun dibuka. fuhh... Cam biasa la En. Rus conquer dulu. Menurut tuan kedai, kari kepala ikan ni fresh tangkap hari ni. Kalau makan dengan tangan, ...peeerrrghhh... hingga menjilat jari. Memang tak dinafikan yang kari ni tak seperti kari yang anda expect dari restoran nasi kandar.


Jamu selera disamping persekitaran (environmen) yang menyenangkan. Aiii ikan koi ni, karang aku cilok buat sushi karang...


Melayu, Cina, India pun layan gak makan kat sini. Tengoklah meja boleh muat 10 orang.

Memang sedap... Bolehlah kawan-kawan aku bawa yang tersayang makan. Tapi nak datang, duit tu bawak la at least tebal macam gambar duit di bawah OK.

No comments:

Post a Comment