Friday, 31 October 2008

Breakfast apa? Char Kuey Teow


Korang tak tau nak breakfast apa hari ni? Apa kata korang cuba Char Kuey Teow. Aku saje je minta supaya kotiau aku takde kerang ngan udang. Ceritanya satu hari tu aku baru je lepas breakfast, tetiba je nampak En. Az dan En. Su.


En. Az kata Char KoTiau kay sini sedap. En Su pulak cucuk aku untuk cuba. Tiba-tiba En. Su kata fuh cun nya awek tu, secara otomatisnya jari aku tertekan shutter.

Wednesday, 29 October 2008

Beraya dengan Rezdrake


Satu hari selepas raya, Rezdrake bersusah payah turun dari Parit Buntar untuk beraya denganku. Kalau korang perasan, depan Rezdrake tu ada majalah. Majalah Personal Money tu...



Sambil kami makan roti canai, surf, kami sempat berbincang pasal browser terbaru, - Google Chrome yang boleh membuatkan orang terkantoi -, sembang pasal Gadis Ofis ~ mana aku dapat gambar awek ni ~, Gadis Ubuntu ~ student lagi dah pandai guna Ubuntu ~, dan Gadis Melayu Bermata Biru, Ryehanna ~ yang mengikuti blog Rezdrake ~

Monday, 27 October 2008

Kopi Putih


Di Bayan Baru (dekat Sunshine) Pulau Pinang, terdapat Ipoh Old Town White Coffee. Taiping juga ada benda yang sama: "Olden Days Kopitiam". Secara perbandingan, harga kopi putih di Olden Days lebih murah berbanding Oldtown. Tapi jika anda mahukan romantik (macam aku dan wife aku hari tu), Oldtown is the best choice sebab Olden Days ramai orang dah jadi cam warung. Of course ada free wifi kat kopitiam nie. So ramai la orang Taiping mengambil kesempatan Wifi free nie, duduk sampai bateri laptop habis.


Bapa aku cakap, nasi lemak kat kopitiam ni sedap. Aku pula bantai test makanan yang pelik. Rupanya apa yang aku makan tu sebijik macam makan kotiau + sos rojak yong tau foo. Ceh buat habis duit aku je.

Kini Taiping pun dah ada Ipoh Oldtown White Coffee, bersebelahan Tesco. Actually korang boleh menikmati kopi putih di rumah. Kopi putih segera (dalam paket 3-in-1) ni ada dijual di pasaraya

Saturday, 25 October 2008

Small Wok


Despite all odds, aku balik kampung. Satu hari tu aku makan tengah hari di Tesco Taiping. Menariknya di Medah Selera Tesco Taiping ni ada hidangan dalam kuali. Yup makan straight dari kuali. Hari tu aku makan Char Hor Fun daging. Hai kalau aku order nasi, sure nampak 'ke-kuali-an' dia.


Sebelum makan (Bismillah...) & Selepas makan (Brrpp... Alhamdulillah)

Thursday, 23 October 2008

Terima kasih wahai isteriku

foto Paracetamol / Acetaminophen dari Wikipedia

Aku pergi kerja naik motor. Sepanjang minggu ini aku terpaksa meredah hujan untuk pergi kerja dan pulang dari kerja. Akibatnya aku jatuh demam. Malam tadi sedang aku menggigil kesejukan, isteriku datang melayan dan merawat aku hinggalah demam aku kebah. Yang kemudiannya membuatkan aku bertenaga, larat untuk menulis blog.

Terima kasih isteri sayangku, lapan biji panadol tak dapat setanding dengan layanan mesra darimu.

Wednesday, 22 October 2008

Satu hari sebelum raya


Satu hari sebelum raya... aku pulang lewat ke rumah. Kebetulan hujan sangat lebat. Aku yang menunggang motosikal ni mau tak mau terpaksa berteduh dahulu. So aku decide berteduh di Kayu. Dapatlah aku memanaskan badan dengan kopi dan roti canai.



Kalau diikutkan... ...memang sekejap je roti dan nescafe tu habis aku melantakkan. So sementara tunggu hujan berhenti dan tak mau roti dan nescafe tu habis cepat, aku pun surf la blog kawan-kawan.

Wah, mereka semua dah masuk mode raya dah...



Sambil-sambil tu aku layan gak website-website Malaysia yang lain... ...Sejam kemudian hujan berkurang, aku habiskan roti, dan hirup nescafe. Lepas bayar aku chow.

Aku rancang nak balik malam ni.

Malangnya aku demam, Esoknya... tak larat.


Monday, 20 October 2008

MIRC Presentation September - IMTGT Opportunity


MCA ICT Resource Centre telah mengadakan presentation bulan September 2008 bertempat di (Kafe belum siap) tingkat 10, Suntech, Bayan Baru. Tempat untuk mengadakan acara ini telah ditaja oleh Emerald Capital.


Istimewanya malam ini, peserta (Syarikat IKS ICT) didedahkan dengan peluang yang ada di kawasan pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand. Antara tips yang dicadangkan adalah untuk peserta Pulau Pinang agar untuk menumpukan (negeri) Aceh Darussalam dan (negeri) Sumatera Utara di Indonesia dan kesemua selatan Thailand.


Kafe yang belum siap - tempat MIRC mengadakan event - ini memang cantik. Kalau kat indoor, nak jalan kena pandang bawah, takut-takut masuk kolam. Kat outdoor punyalah 'hijau', sesuai untuk melepak bincang bisnes.


Tandas setaraf hotel, sesuai untuk berfikir. Di sini juga bakal diwujudkan gym, steam, sauna, dan fitting room lengkap dengan pancuran mandi.

Thursday, 16 October 2008

Pesta Bola Merdeka 2008 dah start? bila?

foto: Berita Harian

Tengah hari ni baru aku tahu yang Pesta Bola Merdeka 2008 telah bermula setelah ternampak tajuk di Berita Harian online. Kemudian aku cari la website yang dedikated untuk Pesta Bola Merdeka 2008 ni. hampeh takde. Website FAM under construction, Berita Harian & Utusan Malaysia online just lapor berita je.

Tak seperti tahun lepas. Masyarakat umum dah aware tentang Pesta Bola Merdeka. Tahun ni, tiba2 je ada.

FAM walaupun kurang duit tahun ini, sebagai penganjur 'satu-satunya pertandingan bola maruah Malaysia' kena buat promosi. Kalau tidak heboh di Radio atau TV. Buatlah heboh di internet.

BTW tahniah... sebab menang 4-0 dengan Nepal

Tuesday, 14 October 2008

Kinabalu: rombongan terkandas

puncak kinabalu
Hujung minggu lalu, rombongan menakluk Gunung Kinabalu PPKT telah mengalami halangan pertama mereka. En. Shah, selaku ketua rombongan telah didapati kantoi tidak menjelaskan cukai. Cukai yang dimaksudkan itu adalah cukai MP3 player dan cukai bateri. Sedang rombongan cuba menyelesaikan kemelut yang ada di Kota Kinabalu tiba-tiba... ...aku terjaga dari tidur.

Duit Raya


Rasanya masih sempat lagi aku nak ucapkan

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Especially buat yang terlepas ucapan selamat hari raya aku tempoh hari

Hari tu bila dekat raya, aku happy sikit. Bukan sebab pasal Syawal nak menjelma. Pasal boleh pegi bank, tukar duit. Waktu ni la RM100 jadi seikat duit. Yang syoknye bila bagi duit raya kat adik beradik, tebal je sampul duit raya. Mana tak nya tebal. Satu sampul ada 20 keping RM 1. Untuk bapa aku lagi best. Aku bagi duit raya satu ikat.

Kawan-kawan boleh la buat trend kasi duit raya kat orang... kalau RM10 tu... 10 x RM1, RM20 = 20 x RM 1.

Sorry lah geng... Aku tak dapat pi Gunung Kinabalu. Bajet pi Kinabalu dah jadi duit dalam gambar di atas. So... apa boleh buat. (Dapat tengok Gunung Kinabalu dalam RM 1 jadi la)

Monday, 13 October 2008

Bomba




Satu hari tu bomba datang kat kawasan perumahan aku. Ingatkan pasal apa. Rupanya ada penyengat
.

Friday, 10 October 2008

Sempat lagi puasa enam


Bagi yang belum puasa enam (cam aku), sempat lagi nak puasa enam. Kalau tak tau nak buka puasa dengan apa ye? Pi la tesco, pastu order Nasi Ayam Claypot. pergh...


Kalau tak sempat berbuka je dengan roti dan jus macam aku. Erm jangan lupa mi segera kot-kot la bangun sahur lambat.

Sunday, 5 October 2008

Gadis Melayu bermata biru

Tadi, lepas je pulang dari kampung. Aku call dan jumpa seorang kawan aku (terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu). Kawan aku ni anak negeri ~Over-C~. Kami beraya di restoran K.M. Kandar Rice. ~ Maklumlah Over-C terkenal dengan restoran nasi kandar especially di Negara Malaysia ~ Kami share beberapa ilmu. Aku cerita kat dia pasal twitter, dia bercerita pasal macam mana nak buka laptop aku (since ini 1st time dia tengok laptop aku LIFE) dan pastu dia cerita pasal awek cun bermata biru yang follow dia punya blog. So aku pun follow jer pasal dia enthusiastic sangat cerita pasal mata biru awek nie.

Since aku dah kahwin ni, tengok pompuan ni biasa jerk. Takde la terkinja2 macam masa bujang dulu. Akan tetapi... Ahh... mata biru...! Tapi aku buat selamber jerk... aku cakap kat dia. Ini student lagi kot. ...bila baca blog gadis ni, sedikit sebanyak dapatlah kita paham jiwa penulis blog nie... underground + indie... bertitik tolak daripada situ aku check lagi blog orang perempuan yang aku kenal (tapi tak follow)... erm... tengok betul2 macam innocent, bila baca blog... sedikit sebanyak jiwa dan raga mereka dapat kita fahami.

Sebenarnya menulis blog ni ada beberapa pantang. Aku tahu. Bagi yang tak tahu tu, nantilah aku bagi tahu (Research la sendiri kalau nak tahu cepat).

Kepada kawan aku yang akan pulang pagi esok ni, aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Balik ke Kuala Lumpur tu elok2. Duit raya yang aku kasi tu, jimat2 arr... jangan joli sakan kat IKEA OK