Saturday, 8 November 2008

Minyak: Naik takde hal, turun nak had

Saya sangat tak bersetuju cadangan untuk mengehadkan had minima minyak. Masa minyak naik, rakyat menderita dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang sedangkan gaji hanya dinaikkan sekali tahun lepas, itupun cuma 7.5 hingga 30% berbanding kenaikan harga minyak 40%.

Bila harga minyak turun, dapatlah rakyat lega sedikit. Boleh menyimpan sedikit atau berbelanja lebih sedikit (yang dapat membantu ekonomi negara).

Kerajaan telah menetapkan yang kerajaan hanya akan memberi subsidi hanya 30sen seliter sama ada minyak naik atau turun. Dalam penurunan harga minyak ini kerajaan boleh mengambil pendekatan mengurangkan subsidi. Misalnya jika minyak turun 10sen atau 20sen, so turunkan 5sen atau 15sen dan potong 5sen dari subsidi 30sen. Begitulah seterusnya hinggalah habis subsidi 30sen tu.

Sehingga kini kerajaan dah menurunkan harga minyak sebanyak empat kali...

ikut kerajaan
RM 2.70 --> RM 2.55 --> RM 2.45 --> RM 2.30 --> RM 2.15
subsidi kerajaan tinggal 30sen (mencecah RM 18B setahun)

kalau ikut kata saya
RM 2.70 --> RM 2.60 --> RM 2.55 --> RM 2.45 --> RM 2.35
subsidi kerajaan tinggal 10sen (tinggal RM 6B setahun, 12B lagi boleh kasi naik gaji)

So poket rakyat save, wang kerajaan rakyat pun turut save.

Sudah pasti. Benda yang dah lepas tu ... lepas, kini kerajaan boleh save 5sen jika menurunkan harga seperti cadangan saya.

No comments:

Post a Comment