Tuesday, 13 January 2009

Pantai Bersih


Lepas pergi Majlis Penyempurnaan dan Kesinambungan TeleWorking di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth... Aku telah pergi ke Pantai Bersih. Itu pun selepas ditunjukkan jalan oleh Nas Sobri.


Dari pantai ini, kita dapat melihat bahagian utara Daerah Timur Laut atau mungkin boleh saya katakan yang kita boleh lihat hampir keseluruhan kawasan pantai Daerah Timur Laut. Tak seperti R&R Plus yang kebiasaannya mengadap jalan, R&R di sini lebih mengadap ke laut berbanding jalan. Jadi anda boleh menikmati juadah sambil menikmati angin Laut Andaman / Selat Melaka (yang lebih kuat dan menyamankan - berbanding Selat Pulau Pinang)

~ FUN PICS ~


"Inilah Pulau Pinangku", kata Nas Sobri - orang yang membawa aku ke R&R ini


(1) 'Inilah Pulau Pinangku' versi Rizman. (2) Saya beli Sinar Harian semata-mata nak baca Tanjung 2 aje tau Siti Mas Era. (3) Abunai! eh Bahaya! Rizman hampir terpijak karan


Pokok cantik ini seperti biasa telah di-'Ali Setan'-kan

No comments:

Post a Comment