Monday, 23 February 2009

e-'merokok' untuk berhenti rokok


Jawapan untuk kawanku

Tahniah kerana sudah berhenti rokok

Sebagai programmer jalanan (anda kata...), anda tentunya tidak mahu ketagihan hingga seperti gambar di bawah ini bukan?


(foto: Free Republic)

Jika anda mahu berhenti rokok, apa kata berhenti dengan style. Lagipun "Style, Quality, Excellence" (Gaya, Mutu, Keunggulan) tu kan motto Dunhill.

Seseorang telah mencipta rokok elektronik, sebagai alat untuk anda berhenti rokok.



Seperti yang anda lihat, bara api rokok tu merupakan 'bara api' palsu.

Nak tahu lebih lanjut lagi, silalah ke:

http://www.fahad.com/2007/05/e-cigarette-to-help-quitting-habit.html

dan

http://www.geekiegadgets.com/2008/get-rid-of-smoking-and-try-newly-developed-electronic-cigarette/

Sunday, 22 February 2009

No Comment

Hai... tak bolehlah aku letak rokok atas keyboard kawan aku yang sorang tu(foto: sixthseal.com)

Saturday, 21 February 2009

Lunch apa? piza lagi...

Boring la nak lunch... nak makan mcD jemu, nak makan KFC jemu, apa kata makan piza macam dulu-dulu.

Kali ni aku amik set lunch yang RM7.99 tu. Aku nak try spageti, tapi nak jugak piza. tiba-tiba datang idea untuk belanja kawan kat office. Semua sekali dalam RM 30 lebih.


lebih kurang macam ni la spagetti tu
~foto: pau daripada blog Kenix


"abang, kotak besar dah habis, saya letak dalam dua kotak regular ya", kata pelayan trainee pizza yang peeerrrrrggggghhhhhh
~foto: pau daripada blog Jessica

Friday, 20 February 2009

Keusahawanan Pelajar USM 2009


~terkini~

well, baru-baru ni aku jumpa Keusahawanan Pelajar yang aku ceritakan dulu di paper Sinar Harian



~post dulu (18 Feb 2009)~

Seperti semester lepas, sebilangan pelajar wajib mengadakan bisnes. Of course aku mengambil kesempatan ini untuk sokong student, dan mendapatkan benda2 menarik


Tak sangka dapat beli cawan kecil ni pada harga yang cukup murah. Boleh aku gunakan sebagai pasu kaktus. Penggerai ini menggunakan cara Cathederal, iaitu, apa yang dia jual itu yang kita beli... takde modification.


Kemudian aku ke gerai yang lain. Gerai ini aku tertarik pasal dia jual hand made pouch yang boleh customize. Dia offer lukis some design dan tulis nama aku dalam tulisan Jepun, dan Korea, Tengok tu sedang kusyuk membuat design.


Dalam "the Cathederal and the Bazaar" inilah cara bazaar... yang mana pengguna/pembeli boleh minta ekjas design. Inilah pouch telefon bimbit aku. Aku minta dia tambah tulisan Cina. Jawi tu aku yang tulis. Sedang asyik... rupanya dia lupa nak tulis rumi.
'Ottromen' tu pun dia lukis juga.


Dah puas hati... it's a deal!
tangkap gambar pulak, boleh present kat pensyarah nanti.


Kreativiti pelajar menarik pelanggan.

~all photo by Rizman Suzaidi

Thursday, 19 February 2009

Single man's - how to cook fried rice

(English translation via Google Translate)


Mula-mula masak nasi... Kalau tak pandai masak nasi, guna je periuk elektrik
First, cook the rice ...  Use electric cooker if neccessary


Inilah bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam nasi goreng nanti:
perencah nasi goreng, bebola ikan, telur, sayur campur, dan stik ketam
These are the ingredients to put in the fried rice later:
Fried rice seosoning, fish balls, eggs, mixed vegetables, and crab sticks.



Potong dadu stik ketam dan bebola ikan
Diced the crab sticks and fish balls


Rebuskan sayur campur... hingga air menggelegak. Renehkan sayur, stik ketam, dan bebola ikan.
Simmer the boiled mix veges with crab sticks, and fish balls .


Goreng telur, seminit kemudian, masukkan sayur campur, stik ketam dan bebola ikan yang telah direbus tadi... goreng dan gaul hingga sebati. Setelah rasanya macam masak, masukkan nasi.
Fried one egg. A minute later, add the mixed vegetables, crab sticks and fish balls that have been boiled before. Fry and mix well. After a while (3 minutes of stirring), add the rice.


Gaulkan nasi, seketika kemudian masukkan perencah nasi goreng sedikit demi sedikit. Gaulkan nasi.
Stir the rice while. Then add the fried rice seasoning in small increments. Stir the rice.


Sudah siap, bolehlah hidangkan. Makan sementara panas.
It's ready, Serve and then eat while warm.


inspired by rezdrake

Tuesday, 17 February 2009

Maktab Utara dan Universiti Pulau Pinang


Malaysia dah ada UniMaS, UMSabah, UMPahang, UMTerengganu, kini nak ada Universiti Pulau Pinang pula?


M.U. bukan Manchester United, mahupun Malaya University, tapi Maktab Utara hmm... apa rancangan kerajaan ni?

Sebenarnya dalam tahun 60an ketika satu-satunya universiti di Malaysia yang ada ketika itu merupakan Universiti Malaya, timbulnya satu idea untuk mewujudkan sebuah 'universiti' di Utara.

Jadi upacara pecah tanah diadakan di tempat yang kini dah jadi kem di Sungai Ara. Mercu tanda M.U. juga dibina untuk mengenangkan peristiwa tersebut. M.U. mungkin bermaksud Maktab Utara.

Entah macam mana, nama jadi Universiti Pulau Pinang. Ia pada mulanya beroperasi di MPPPP.

Tentera minta tukar tanah kosong dan rata maktab utara dengan kem askar mereka yang berbukit. Deal menjadi. Mungkin antara alasannya Minden terletak lebih hampir dengan Tanjung (Georgetown), dan tak perlu nak bina bangunan baru banyak sangat, just renovate je bangunan British yang dah memang sedia ada.

Monday, 16 February 2009

Gunung Kinabalu? Nope... Bijaybaru

Kalau nak tawan Kinabalu, kenalah tawan bukit yang dekat dulu. Selama 5 tahun duduk Penang ni, tak pernah aku naik Bukit Jambul. So 3 minggu lepas is my third ascend.


Mendaki memang penat... (jauh lagi ke?)


Ajaibnya ada juga orang menoreh getah dan buat tokong di sini. Takde mangkuk plastik pun jadi la...



Nak sampai dah... sikit lagi... (Alhamdulillah, masih belum muntah-muntah macam hari tu lagi)


Relax sat penat... tak larat nak selebret... Spa ikan takde ke kat sini?


Yes!!! Syukur sampai... posing sat kat plak senarai penderma (in chinese) kemudahan bukit jambul


Pemandangan bandar dari Bukit Jambul. Mmm boleh nampak Jambatan Pulau Pinang


Kemudahan Gimnasium. Dengan tempat ini yang hanya boleh dinaiki menggunakan kaki sahaja, macam mana lah orang boleh pasang gym kat sini, berat woo.


OUtdoor Gym juga ada.


Deretan bekas air yang digunakan untuk mengisi tangki tandas. Pengunjung digalakkan mengangkut air yang diperolehi dari permulaan trek.


Selamat tinggal Bukit Jambul