Tuesday, 17 February 2009

Maktab Utara dan Universiti Pulau Pinang


Malaysia dah ada UniMaS, UMSabah, UMPahang, UMTerengganu, kini nak ada Universiti Pulau Pinang pula?


M.U. bukan Manchester United, mahupun Malaya University, tapi Maktab Utara hmm... apa rancangan kerajaan ni?

Sebenarnya dalam tahun 60an ketika satu-satunya universiti di Malaysia yang ada ketika itu merupakan Universiti Malaya, timbulnya satu idea untuk mewujudkan sebuah 'universiti' di Utara.

Jadi upacara pecah tanah diadakan di tempat yang kini dah jadi kem di Sungai Ara. Mercu tanda M.U. juga dibina untuk mengenangkan peristiwa tersebut. M.U. mungkin bermaksud Maktab Utara.

Entah macam mana, nama jadi Universiti Pulau Pinang. Ia pada mulanya beroperasi di MPPPP.

Tentera minta tukar tanah kosong dan rata maktab utara dengan kem askar mereka yang berbukit. Deal menjadi. Mungkin antara alasannya Minden terletak lebih hampir dengan Tanjung (Georgetown), dan tak perlu nak bina bangunan baru banyak sangat, just renovate je bangunan British yang dah memang sedia ada.

1 comment: