Tuesday, 31 March 2009

Lawatan ke Kelantan

Kami tiba ke Kubang Kerian dalam 7:00 mlm. Pada sebelah malam, selepas solat. kami keluar makan berhampiran dengan Bazar Buluh Kubu. Kemudian meneroka Pasar Malam di situ.

Keesokannya, kami telah melawat PPKT di Kampus Kesihatan USM, kemudian kami ke Nordin Batik untuk lihat pembuatan batik dan beli barangan batik. Pada tengah harinya pula, kami ke berhenti di Bazar Buluh Kubu untuk ke Pasar Besar Siti Khadijah. Dalam kepanasan tengah hari itu saya terlihat belangkas, dan seolah2 berada di bandar adik-beradik Kasaoka City, Jepun. Tak sempat ke Pasar Besar Siti Khadijah. Tapi sekurang-kurangnya bershopping juga di Bazar Buluh Kubu.

Realitinya, saya bersama rombongan meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang dan seterusnya Bukit Bunga. Kami terserempak dengan dua bas USM yang lain di Bukit Bunga. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dan tiba di USM pada jam 2:00 pagi



No comments:

Post a Comment