Tuesday, 28 July 2009

1 Sept 2009 - harga baru bagi petrol baru

RM 1.75/liter.
berbanding dengan RM 1.80/liter yg kini dinikmati kita.

Dua hari lepas Shell melancarkan kiraan 35 hari ke 1 September 2009. Iaitu hari pertama minyak RON 95 akan mulai memancut-mancut keluar daripada pam masuk ke dalam lobang tangki minyak kenderaan pengguna.

RON 95 dibangunkan sebagai pengganti yang lebih baik daripada RON 92 dan sebagai alternatif kepada RON 97. RON 95 inilah yang berharga RM 1.75 sebenarnya (Bernama).

RON 97 dikatakan akan dijadikan minyak premium, dan minyak alternatif dan dijangkakan akan dijual 25 sen lebih daripada RON 95. Ini bermakna RON 97 akan dijual pada harga RM 2.00.

Rakyat bakal dijangka akan berbelah bahagi antara menyerbu stesen sebelum 1 September untuk minyak RON97 RM 1.80. Atau tunggu keesokkan harinya untuk 'jimat' 5 sen ke atas RON 95.

Dengan adanya minyak RON 95 ini. Saya khuatir yang pihak pemborong dan pengeluar akan melihat ini sebagai alasan menaikkan harga. Sedangkan kenderaan perdagangan mereka (yang pakai petrol) pula diisi dengan RON 95 yang lebih murah.

...

in broken english
New price for the new petrol

RM 1.75 the new RON 95 will be sold at starting 1 September, instead of RM 1.80 for RM 97 earlier. Is this a good news? Perhaps it is not for quality loving RON 97 consumer, as the price of RON 97 are reportedly will be rise to RM 2.00.

I do hope that merchants will not perceive this as an excuse to raise up their merchant price, while keep filling their vehicles with the 'cheaper' RON 95, instead of RON 97.

Sunday, 26 July 2009

Yasmin Ahmad disahkan meninggal dunia

 
pic: Maya Karin dan Yasmin Ahmad (berbaju kurung dan speck hitam) dalam poster kempen Earth Hour


Pengarah Yasmin Ahmad kini BENAR_BENAR disahkan telah meninggal dunia, menurut laporan Bernama

Sudah pastinya nanti kita kehilangan filem-filem menarik (anugerah antarabangsa) seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Mualaf, dan iklan-iklan Petronas.

Mari kita sumbangkan al-Fatihah untuk arwah.
Posted by Picasa

Saturday, 25 July 2009

Broadband comparison in Pulau Pinang (Sungai Ara / Mutiara Perdana)

Recenly I bought Broadband Wireless Home Value. The reason I bought the modem is because the seller said that the modem antenna so big that it can tarik broadband signal


Celcom Broadband (minimum package): Download 0.35 Mbps Upload 0.12 Mbps

Maxis Broadband (minimum package): Download 0.06 Mbps Upload 0.01 Mbps

the results is still unfair to maxis due to maxis 3G broadband in-availability in my neighbourhood

Thursday, 23 July 2009

APEX: Speedtest.net result: USM No. 1

 

Just to answer some complains.

Years ago a so called PostGrad student complain about USM's internet connection. He reported it to a well known local newspaper. He claims that internet are so slow, no wonder we're out of QS-THE Survey World University Ranking top 200.

Unfortunately (for him), speedtest.net 'said' that USM has the fastest average internet in Pulau Pinang, and Negeri Pulau Pinang has the fastest average internet connection compared to other states average.

tahniah PPKT.
Posted by Picasa

Wednesday, 22 July 2009

Gerhana Matahari di USM / Eclipse in USM Malaysia


Gerhana matahari separa penuh (14%) yang diperhatikan dari belakang Kompleks Eureka, USM. Faktor gerhana matahari separa penuh (14% ramalan di wikipedia), dan keadaan jerebu dan mendung yang melanda negara, cahaya matahari terbias dan menutupi kawasan gelap.

Sempena 'event' ini, Masjid USM telah mengadakan solat sunat gerhana.

the 22 July 2009 Asian Solar Eclipse as observed from the Universiti Sains Malaysia (using a normal compact digital camera). The eclipse cannot be seen as sunlight distorted by (Indonesian) haze and cloudy weather, covered the whole 14% eclipse part

the USM mosque has conducted the uncompulsory eclipse 'solat'.

Tuesday, 21 July 2009

RM50


Bank Negara Malaysia mengumumkan hari ini (15 Julai 2009), pengeluaran wang kertas RM50 reka bentuk baharu mulai 15 Julai 2009. Reka bentuk baharu wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri yang sedia ada secara berperingkat-peringkat.

Wang kertas RM50 reka bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada bulan Disember 2007 bersempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baharu ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara dan mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Maklumat lanjut mengenai wang kertas RM50 baharu boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my.


Bank Negara Malaysia today (15 July 2009) announces the issuance of the new design RM50 banknote from 15 July 2009. This new design of RM50 banknote is the first denomination of the Fourth Series of Malaysian currency notes which will be replacing the existing series in stages.

The earlier new design of RM50 banknote was issued in December 2007 to commemorate Malaysia's 50th Anniversary of Independence. This current series will no longer have the logo of the country's golden jubilee celebrations and will have, enhanced security features.

Further information on the new RM50 banknote can be obtained from Bank Negara Malaysia's website at http://www.bnm.gov.my.

Monday, 20 July 2009

Rizman buat apa dengan iMac nih?


Rizman buat apa dengan iMac nih?
a) saje posing depan kamera
b) terpikat MacBook Air, pergi ke lab nak berjinak-jinak dengan Mac
c) amik kelas jabatan nak buang Microsoft dan beralih kepada Apple Mac
d) saje datang kursus untuk mengtahui bagaimana applikasi untuk iPhone 3GS dibangunkan

hadiah:
Aku belanja 1 roti canai dan teh tarik (atau sarapan pagi yang murah dalam USM, atau lain-lain hadiah yang difikirkan sesuai) kepada SEORANG PEMENANG SAHAJA yang paling cepat dan berhampiran dengan aku.

Tuesday, 14 July 2009

USM has entered Liga FAM - now in the apex



With 3 games more, USM is in the apex of the Liga Piala FAM.





Tahniah & syabas diucapkan kepada semua pemain & pengurusan pasukan KBSUSM kerana melakarkan kemenangan 3 - 0 pada perlawanan hari ini. Untuk makluman dengan kemenangan ini pasukan KBSUSM berjaya menduduki tangga teratas liga FAM 2009 dengan berbaki 3 perlawanan. Semoga pasukan KBSUSM terus berjuang dengan semangat dan tahap displin yang tinggi untuk mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia dalam kancah bola sepak negara.

Friday, 10 July 2009

BPS kini mesra Netbook dan iPhone 3GS

Dengan populariti Netbook dan IPhone... BPS kini ditala secara kod keras agar mesra dilihat di dalam netbook dan iPhone


Pratonton BPS dalam iPhone 3GS yang diakses dari iMac

Wednesday, 1 July 2009

My 1st time with Faito racing model (Bergambar dengan amoi Faito)


Faito racing (a motorcycle component parts company) promoted their membership card. The RM10 annually membership card entitle me for discount on Faito products. On this year is the most decent suit I am taking picture with Faito models. Because in the future years, they are wearing sexiet than this.

Suatu hari tu dalam bulan Mei, Faito ada buat promosi keahlian. Aku pun register, dengan keahlian RM10, aku berpeluang mendapat diskaun atas produk-produk alat ganti motor daripada Faito. Selain menjadi jenama, 'faito' juga merupakan cara orang Jepun menyebut perkataan bahasa Inggeris 'fight!'.

Dah la tu membebel. Jom kita sekodeng amoi-amoi ala gadis litar Faito seksi yang lain. Apa mereka buat?


Amoi Faito seorang ni sedang mengisi butiranku dalam borang keahlian VIP Faito. Amoi-amoi yang lain sedang sibuk packing nak balik.

Aftermath: yang tak bestnya lepastu henfon aku kena spam dengan iklan Faito.