Tuesday, 28 July 2009

1 Sept 2009 - harga baru bagi petrol baru

RM 1.75/liter.
berbanding dengan RM 1.80/liter yg kini dinikmati kita.

Dua hari lepas Shell melancarkan kiraan 35 hari ke 1 September 2009. Iaitu hari pertama minyak RON 95 akan mulai memancut-mancut keluar daripada pam masuk ke dalam lobang tangki minyak kenderaan pengguna.

RON 95 dibangunkan sebagai pengganti yang lebih baik daripada RON 92 dan sebagai alternatif kepada RON 97. RON 95 inilah yang berharga RM 1.75 sebenarnya (Bernama).

RON 97 dikatakan akan dijadikan minyak premium, dan minyak alternatif dan dijangkakan akan dijual 25 sen lebih daripada RON 95. Ini bermakna RON 97 akan dijual pada harga RM 2.00.

Rakyat bakal dijangka akan berbelah bahagi antara menyerbu stesen sebelum 1 September untuk minyak RON97 RM 1.80. Atau tunggu keesokkan harinya untuk 'jimat' 5 sen ke atas RON 95.

Dengan adanya minyak RON 95 ini. Saya khuatir yang pihak pemborong dan pengeluar akan melihat ini sebagai alasan menaikkan harga. Sedangkan kenderaan perdagangan mereka (yang pakai petrol) pula diisi dengan RON 95 yang lebih murah.

...

in broken english
New price for the new petrol

RM 1.75 the new RON 95 will be sold at starting 1 September, instead of RM 1.80 for RM 97 earlier. Is this a good news? Perhaps it is not for quality loving RON 97 consumer, as the price of RON 97 are reportedly will be rise to RM 2.00.

I do hope that merchants will not perceive this as an excuse to raise up their merchant price, while keep filling their vehicles with the 'cheaper' RON 95, instead of RON 97.

1 comment: