Friday, 27 November 2009

My First Time with computer. Computer teacher seduce me with games!

This is about my first time with personal computer.

Contrary to my knowledge today, in 1987, i only know computer as what is today as personal computer.

My first time I was allowed to touch a computer and briefly play with it when I am in 1989 at the school computer club. At that time I am in year 3 of primary school.

The computer teacher seduce me to join computer club by allowing me to play computer game. I was shown a computer game - Karateka, but I only manage to play some unknown mathematical game.

By the way... a RM30 (or maybe RM50 - i forget) fee per month is a high bucks especially in 1989. Due to that, my dad did not allow me to join the club.

But 4 years later, I manage to lay my finger on computer. I manage to go for boarding school that have computer. I manage to learn stuff like WordStar, dBaseIV, and even force the computer teacher to teach me QBasic.

Then, when I am on form 5, my father bought me a computer. The price is RM3000 ... which is like spending RM10,000 at that time.

Thanks to my dad. I manage to go take a Diploma in Computer Science, and now work at a university as an IT staff.

Diinspirasikan daripada blog Ruzaimi, jadi saya di sini pun nak cerita tentang komputer ni.

Bila saya darjah tiga saya dibawa oleh guru-guru untuk ke bilik komputer, itulah pertama kali saya melihat komputer depan mata. Mungkin 1st time saya kenal komputer...

Cikgu jemput kami join kelab komputer sekolah tapi kena yuran bulanan... cikgu jahat, umpan kami dengan game hehe...

Aku ingat lagi game KARATEKA atas komputer monokrom... hijau hitamscreen shot of karateka in green monochrome

bila aku balik rumah, bapak aku tak bagi masuk, kata dia yuran mahal...

sekali-sekala aku dengar kawan aku kata nak copy disket ... masa tu aku ingat yang 5" floppy disk dibuat dengan kopi, sebab tu ia hitam

salah sorang daripada yang join kelab komputer tu anak O.C.. Dia ni satu kelas ngan aku gak, so satu hari tu Kor OC + bapak aku buat hari kor kat perkarangan rumah dia. Aku sebagai kawan sekelas, dapat la rayau masuk rumah... dalam rumah dia ada komputer, maka aku dapat tahulah yang harga PC tu RM10,000 ... yup PC yang korang tengok harga RM1000 lebey hari ni, harganya RM10K pada 20 tahun lepas, takde colour plak tu.

IBM personal computerSo aku nak bandingkan RM1 masa tu dengan RM1 sekarang. Masa tu kat KL 40sen dah boleh beli roti canai, aku pi sekolah bawak 50sen je, air kotak 50sen dalam mesin , nasik/mi goreng/bihun kantin 30sen sepinggan, Ding dang 50sen siap ada permainan transformers lagi. Bila aku pindah taiping tahun depannya, sepinggan makanan di kantin harganya 20sen. So kadang-kadang bapak aku cut belanja harian jadi 30sen.

Aku tengok komputer balik masa aku di library sekolah aku di Kamunting, Taiping. Pusat Sumber ini terletak di bangunan baru sekolah pada masa itu. komputer (PC) ini terletak dalam bilik yang boleh dilihat dengan cermin besar. Tapi aku yang jadi pengawas pusat sumber ni tengok selalu takde orang guna komputer nie...

Oh ya by the way, sekolah aku ni 'luar bandar' so takde kelab komputer. Sekolah aku ni berjiran dengan sekolah 'bandar' (tanah gereja) yang ada kelab komputer.

Screenshot - WordStarAku mula sentuh komputer balik masa aku tingkatan satu... cikgu komputer (datang daripada luar) plak cam haram... kejap datang kejap tak datang... tapi sempat la aku belajar guna WordStar yang susah tak macam OpenOffice.org Writer/MS Word sekarang ni.

masa ni aku beli floppy disk pertama aku.

dBase IVMasa form 4 aku pi gak kelas komputer walaupun hari sabtu. Kawan2 aku masa hari Sabtu ni suma tak amik kesempatan ada kelas komputer. Aku membuatkan cikgu komputer swasta yang menyokong parti DAP terpaksa datang ke kelas setiap sabtu. Hehe aku sorang ja anak murid dia. I think kelas terakhir aku dengan dia ialah kelas dBase III.

Zaman ni, kalau korang beli disket, korang akan jumpa dua jenis:
Cakera liut 5¼ inci, bersaiz 720 KB
atau
Cakera liut 3½ inci, bersaiz 1.44 MB

di bawah ni perbandingan antara cakera liut 8", 5¼", dan 3½"

...aku tak pernah jumpa disket 8" tu masa ni

Masa aku form 5, aku berkenalan dengan geek ala Ruzaimi yang datang kelas komputer, bukak QBasic, edit game...
QBasic
(video youtube nie ada overview pasal QuickBasic / QBasic http://www.youtube.com/watch?v=SlNzR4zAkBc)

Masa form 5 ni, bapak aku dengan susah payahnya cari RM3000 untuk beli komputer (PC) untuk menaikkan semangat aku masa SPM.

Thanks dad.

Zaman tu komputer pakai besi, casing besi, memang berat... sekarang ni banyak yang dah pakai plastik dah,

Then 1999, aku amik course diploma sains komputer kat sebuah kolej swasta yang dah tutup sekarang.

...

Di sini aku nak TAG:

areshie
rezdrake
Khuzaimi
Rzmie
Ryehanna
Neyzashazeyra

korang ceritakan korang punya first time berkomputer / beli komputer

No comments:

Post a Comment