Tuesday, 15 December 2009

Kesan krisis ekonomi dunia

Krisis ekonomi dunia yang bermula sejak beberapa tahun dahulu kini semakin teruk. Sebagaimana kita maklum beberapa syarikat di USA terpaksa di-bail-out kerajaan USA. Dubai World baru-baru ini pula menghadapi masalah hutang. Di Malaysia, kakitangan awam tidak diberi bonus sebagaimana tahun-tahun lepas. Syukurlah ada RM500 wang ihsan.

Di Jepun pula, kegawatan ekonomi amat terasa apabila ultraman-ultraman yang lazimnya menyelamatkan Jepun daripada raksasa dan makhluk asing, berhijrah ke negara lain seperti Malaysia untuk mengambil upah membuat kerja-kerja 'oddjobs'.


lawan raksasa takde gaji - Ultraman Ace

Se'orang' Ultraman telah ditemui di Kedah baru-baru ini. Beliau bekerja sebagai pemandu bas sekolah. Encik Ultraman Ace (atau kini dengan nama melayunya Ultraman Terulung) berkata dalam zaman gawat ini, beliau tidak memilih kerja... asalkan ianya halal.


anak-anak pakcik ultraman turut mengambil peluang mendapatkan pendidikan di Malaysia


Menurut encik Ultraman Ace (atau kini dengan nama melayunya Ultraman Terulung), dengan memandu bas, sekurang-kurangnya beliau dapat memberi belanja dan menghantar anak-anak beliau ke sekolah.

~selanjutnya dari youtube


Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment