Thursday, 30 December 2010

Indonesia Menang




Media Indonesia semalam berusaha menenangkan jutaan rakyat Indonesia dengan menyiarkan berita kemenangan Indonesia ke atas Malaysia 2-1. Tag "Indonesia Menang" bersiaran sangat lama berbanding "Malaysia juara".

Turut diceritakan juga tentang sotong Indonesia meramal kemenangan Indonesia.

Malaysia is the king of ASEAN football

 

 

 


Malaysia become the champion of ASEAN Football Federation (AFF) Suzuki Cup 2010 for the first time (at least while the tournament under Suzuki sponsorship). Malaysian rejoice as the PM announced that Friday 31/12/2010 will be a public holiday.

Posted by Picasa

Tuesday, 28 December 2010

Octopus used to predict AFF Suzuki Cup Match


An octopus named "Gudel" predicted AFF Suzuki Cup 2010 football match between Indonesia and Malaysia. Just like the famous Paul the octopus that predicts FIFA World Cup 2010 football match, and UEFA Euro 2008

Sunday, 5 December 2010

Clinic Cafe


This is the first time I think I blog something that I do not eat. For those of you want to have something different, try Clinic Cafe. This clinic/hospital theme cafe serve real food. Not the hospital kerajaan quality patient food ones OK.

Because of halal issue, i didn't dare to engulf their cuisine, but for others the clinic err the cafe 'promised' a pork free environment.




The Clinic Cafe is situated at 4th Floor, Gurney Plaza. You can spot this kedai makan easily from the street of Persiaran Gurney.

Sunday, 28 November 2010

China Muslim Restaurant




Korang dah pekena masakan piau Muslim China punya? Penduduk Pulau Pinang kini boleh menikmati makanan China yang dimasak oleh tukang masak 'import' dari tanah Besar China.



CMR merupakan restoran yang pertama seumpamanya di Pulau Pinang.



Cashier kata, hidangan dalam gambar di atas adalah antara yang pelanggan selalu order.




aku tak tahulah sama ada nak kata sedap ke tak, tapi macam korang tengok, resultnya LICIN!

LOKASI


View Larger Map

RM15 Chicken Rice Shop Solo Set


this Nasi ayam set cost less than, I think RM15...

Monday, 22 November 2010

Sunday, 21 November 2010

Kampung yang kaya gila di China




Memang kaya gila. Sengaja saya letakkan gila di situ...

Video menarik ini saya dapati apabila membaca blog staroba.org

Tuesday, 16 November 2010

Jutawan UK jadi 'pramugari' AirAsia


photo from @airasia twitter


photo from Tony Fernandes tweets

Rasanya semua dah tahu yang jutawan yang terkenal dengan syarikat Virgin, Richard Branson telah kalah bet dengan Tony Fernandez.

Beliau perlu 'serve' pelanggan dengan pakaian peramugari. Dijangkakan beliau akan diletakkan dalam penerbangan AirAsia X Kuala Lumpur - London.

Tapi apa yang saya tahu, dari akhbar la jugak beliau akan berkhidmat tanpa menggunakan tag nama Richard Branson.


photo from AirAsia facebook account.

Apa pun AirAsia dah memang lama dah ready dengan kemenangan ini. Mereka dah siapkan poster di atas pada awal musim F1 lagi.

Friday, 5 November 2010

Thursday, 4 November 2010

Ikan Pari Bakar USM for Lunch


Delicious Ikan Pari Bakar (Grilled Stingray) is now available at Gerai Zainaning, Desasiswa Bakti-Permai, USM. Available only during lunch. Cicah kuah asam memang sempoi!

Thursday, 28 October 2010

Upin & Ipin Angkasa




Papa-papa dan mama-mama yang ada anak comel sekelian, bolehlah simpan duit dari sekarang. Tak lama lagi sure anak korang ajak tengok 'Dr. Syed' Upin dan 'Mejar' Ipin dalam Upin Ipin Angkasa.

Sunday, 24 October 2010

Hasil Kerjaku di Canon PhotoMarathon 2010



Berikut merupakan foto-foto yang aku ambil semasa Canon PhotoMarathon 2010 Malaysia. Acara ini menguji peserta untuk menggunakan hanya kamera dan peralatannya dalam menghasilkan shot terbaik. Jadi tiada pos produksi menggunakan the GIMP, PhotoShop, atau perisian pengeditan imej yang lainnya.

Malah dengan rule ini, 'cikgu' fotografi pun boleh kalah kalau tidak mahir selok belok fotografi.

Gambar yang besar merupakan pilihan yang aku muat naik ke dalam PC yang disediakan pihak Canon. Yang kecil pula, merupakan calon-calon muat naik.

Tema 1: Eyes on EOS




Tema 2: Humanity




Tema 3: Delicious




Pendek kata, hasil kerjaku masih jauh berbeza berbanding hasil para pemenang pertandingan ini (facebook).

Monday, 18 October 2010

T-Shirt Merah tawan Georgetown

RED SHIRT SHOOTING SPREE in MALAYSIA

Sekumpulan warga Malaysia yang berkemeja-t merah shooting sana sini di bandar Georgetown. Polis bagaimanapun tidak berbuat apa-apa terhadap kumpulan ini.

Kumpulan t-shirt merah di Georgetown ini telah dibuktikan ada kaitan dengan kumpulan dengan tujuan yang sama di Thailand, Indonesia, Vietnam, dan Singapura.


'geng t-shirt merah' dari kelab ShutterLense

Bersenjatakan kamera, kumpulan ini berkeliaran di seluruh Georgetown untuk menawan hati para juri pertandingan Canon PhotoMarathon Malaysia yang tahun ini berlangsungdi Pulau Pinang.

Setelah beberapa rakan mengajak aku menyertai pertandingan ini, maka aku pun mendaftar online, apatah lagi event peringkat Malaysia ini diadakan tidak di KL, tapi di Pulau Pinang.

Sebanyak tujuh hadiah utama ditawarkan, kesemuanya kamera Canon. Pemenang 'Grand Prize' membawa pulang sebuah kamera Canon 1D Mk IV dan 'mewakili' Malaysia ke PhotoMarathon Asia yang diadakan di Turki.



Acara bermula di Tanjong City Marina. Nasib baik mereka memasang khemah besar, kerana pada pagi itu hujan lebat melanda Pulau Pinang. Tema di perhentian pertama ini adalah: "Eyes on EOS".



Aku yang datang dengan kereta sempat balik rumah, untuk tukar dengan motorsikal.



Kemudiannya aku ke Hentian kedua... di Segafredo. Tema baru diumumkan iaitu "Humanity"



Dah tajuk pun manusia, ramailah manusia kena kerumun dengan kumpulan t-shirt merah

Petangnya kami ke hentian terakhir, di kedai konsep Canon yang bersebelahan dengan hotel Tune untuk cop dan mendapat tema terakhir. Tema terakhir adalah: "Delicious".



Nasib baik aku belum makan... so bolehlah snap satu dua gambar makanan yang akan aku makan.



Perhentian seterusnya, Tanjong City Marina. Semua peserta perlu upload gambar mereka di stesen upload di situ sebelum 5:30 PM.



Memang meletihkan.


kamera yang telah dicuci

Di event ini, sebuah kaunter cuci kamera secara percuma telah dibuka. En. Khuzaimi lah yang telah beriya-iya 'memperkenalkan' aku dengan kaunter ini. Bagus juga, sebab sejak beli, kamera aku ni tak pernah dicuci.


uji lensa RM20,000

Di samping itu kaunter promosi/uji produk lensa dan kamera Canon juga dibuka. Aku mencuba lensa termahal (RM20,000), dan termurah (RM350) yang ada di situ.

Di sebelah malamnya barulah keputusan diumumkan. Penganjur telah mengumumkan keputusan pertandingan antara jam 11:00PM hingga 11:30PM.


Posted by Picasa