Saturday, 2 January 2010

Ilmuwan Islam



Baru ini aku membeli DVD Ilmuwan Islam. DVD ini mengandungi 4 DVD untuk season 1 & 2.

Ilmuwan Islam Musim Pertama & Kedua ialah sebuah dokumentari menarik menjejaki para ilmuwan Islam terdahulu yang banyak menyumbang hasil kajian dan penemuan mereka dalam pelbagai bidang, antaranya Perubatan, Kimia, Fizik, Astronomi, Geografi, Penerokaan Laut, Sosial, Botani, Pembinaan, Antropologi, Optik, Aeronautik dan sebagainya.Antara Ilmuwan Islam yang diketengahkan termasuk Ibnu Sina, Jabir Hayyan, Ibnu Haitam, Abdul Rahman As-Sufi, Ulu-Berg, Al-Idrisi, Laksamana Cheng Ho, Ibnu Kaldun, Kosa Sinan, Al-Baithar dan ramai lagi.Melalui program ini penonton disajikan dengan pengembaraan menjejaki pencapaian para Ilmuwan Islam yang menarik merentasi Negara seperti Turki, Syria, Lebanon, Iran, Arab Saudi, China, Morocco, India dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment