Friday, 30 April 2010

Lamb Chop


Hmm, gaji dah dapat... bolehlah menikmati hidangan barat. Di Giant Bayan baru ada gerai hidangan barat. Harganya boleh tahan. Korang boleh la try makan macam aku makan BULAN LEPAS. Lamb chop. Lamb chop ni harganya RM12.00.

Kalau menu makan luar korang tu asyik KFC, McDonald's, dan Marrybrown... apa kata kalau hujung minggu ni makan Lamb chop pula.

Thursday, 29 April 2010

Siaran Langsung : USM FC

Untuk pengetahuan anda. Perlawanan Liga Perdana 2010 30/4/2010 antara Felda United menentang USMFC akan disiarkan secara langsung dalam Astro Arena (801) pada Jumaat, 30/4/2010. Sepak mula dijangka akan dimulakan pada 8:45 malam. Jadi peminat-peminat bola, warga USM. Jangan lepaskan peluang julung-julung kali ini. Oleh kerana USMFC duduk di kelompok bawah liga, mungkin ni last USM masuk TV main bola.

Friday, 23 April 2010

Seri Idaman - Ikan Siakap Sweet Sour



Assalamualaikum,

So, hujung minggu ni nak makan kat mana? Apa kata anda semua makan. Ikan Siakap Masak Sweet Sour. Restoran Seri Idaman, Sungai Ara, Bayan Baru ni kira macam cawangan kepada yang Restoran "Ikan Bakar Teluk Tempoyak" Seri Idaman yang terkenal satu ASEAN tu.

Hari tu aku order 2 nasi, 1 set kecil tomyam, kailan ikan masin, air minuman 'sempoi punya... ...so total up RM41.70. Tomyam kecil dia tu, buat aku terkejut... boleh makan untuk 3 orang.

Peta untuk ke sana, kini telah disediakan sepertimana yang anda minta, terutamanya Afrezal.

Thursday, 22 April 2010

Wednesday, 14 April 2010

Kemalangan trafik di USM


Pagi (14/4/2010): Asal nama jalan raya, walau di mana sekalipun tetap ada kemalangan jalan raya. Begitulah yang berlaku di USM apabila seorang (yang saya percaya berdasarkan pakaian) siswi* muslimah telah dilanggar kereta yang dipandu oleh seorang siswi.

Pihak keselamatan USM dan Pusat Sejahtera USM cekap mengendalikan suasana ini dengan cepat dan pantas.

Sunday, 11 April 2010

Sexy Faito Girls in Penang


Faito promotion has come again to Penang, this time in Giant Hypermarket, Bayan Baru.


By becoming Faito member, you can purchase Faito premium 'racing' product at discounted prices. and...


taking picture with the Faito girls

Saturday, 10 April 2010

First Time makan Nasi Kandar Beratur



Lebih kurang setahun lalu, En. Nas Sobri mengajak aku singgah kat Nasi Kandar Beratur, itu pun lepas kami pergi makan Nasi Kandar Line Clear.



Pertama kali aku datang, masa tu time orang dah tak beratur. Giloz dah pukul 3 pagi dah. aku terfikir, ape kebende la Nasi Kandar beratur ni. Since baru lepas makan nasi kandar, so aku memang tak order la kat Beratoq tu. Tambah kedai pun kecik semacam jerk.



Then beberapa bulan lepas, semasa dalam pengambaran filem Appalam. En. Afdlin Shauki, menerusi facebook dan twitternya. Asyik dok mention kedai ni je, siap 'racun' Farah Fauzana lagi. Kata Afdlin "...teringa-ringat je telur sotong..."



So satu malam tu, maybe sebulan dua yang lepas, aku pun pergi ke kedai tersebut pekena nasi kandar berlaukkan telur sotong yang Afdlin Shauki dok teringat-ringat tu.

Sebab bila aku menu pilihan Afdlin tu, aku rasa cam kureng je, especially since PAPADOM pun takde. Jadi aku pun tambah daging (tiada dalam gambar). Hmm baru la mari atau orang KL kata, barulah ada "kick!". So apa yang bestnya sangat nasi kandar ni?rasa macam takde apa pun. Aku pun balik tertanya-tanya...



...satu hari aku jumpa akhbar tahun 2008, dan terus dapat jawapan persoalan aku itu. Antara sebab Nasi Kandar Beratur ni best sebab mereka masak baru. Tak macam sesetengah kedai, yang menurut kenalanku, "tiada istilah buang. Lauk atau sayur yang lebih di masak sekali dengan yang baru".

...sekali sekala bila nak makan nasi (especially yg kandar), teringat-ringat je Nasi Baratur (ceh, memang betul la kata bro Afdlin... "asyik teringat-ringat" je. Satu malam nanti, kalau free nanti, aku makan kat beratur lagi.

Lastly aku letak gambar nasi ni lagi, agar anak Penang keje KL yang pegi keje naik basikal tu terliur dan balik kampung halamannya di Pulau Pinang ni. hehehe... jangan marah...

Thursday, 8 April 2010

Lepak sat waktu lunch di Padang Kota




Aku MC hari ni. Tengah hari tadi aku pegi Bank Negara check CCRIS. Lepas habis tu aku dengan sedih hatinya pulang ke rumah...

...haih sudah, sesat kat Penang...

...pendek cerita, aku sampai kat food court Padang Kota, untuk membasahkan tekak (dan makan ubat)

Lepas order ais kacang, geram lak tengok udang besar tu, (walaupun kenyang dah lunch awal). Jadi aku order pasembor. Aku amik udang besar satu dan fishcake... Udang besar tu best gak. Makan udang besar tu rasa cam makan stik ketam atau sosej yang berkulit udang je. So pasembur je RM6.00. Ais kacang dah RM 3.00. So semua RM 9.00.

Wednesday, 7 April 2010

Cabut gigi

Cabut gigi geraham hari ini. Gigi gerahamku memang dah ada caviti lama dah. Aku yang bukan doktor gigi ni pun konfiden, memang gigi ni dah tak boleh tampal dah. Dulu gigi ni sakit, tapi then boleh pulak tak sakit, berbulan la jugak... then Isnin lalu, sakit semula. Bila aku jumpa GP kat sini, doktor cuma bagi mefenamic acid (pembunuh sakit) berjenama ponstan dan Antibiotik je... takleh nak rawat.

So after dah tanya kawan (dia pulak pernah bedah gigi), so tengah hari tadi aku pegi cabut, aku sampai dalam 12:45. Lepas tunggu dalam 30 minit (sempat lena sat), aku pun dipanggil jumpa doktor, then proses mencabut.

Dua staf wanita (aaa korang jangan tanya cute ke tak...) yang bersama doktor tidak sudah-sudah mengingatkan aku jangan mengeraskan badan... Oleh kerana gigi aku yang berlubang besar, doktor sampai dua kali 'kecewa' dan mengingatkan aku agar tak keraskan badan... Time sakit-sakit camtu manalah ada yang 'keras'. Oleh kerana gigi aku cam tu, dia jadi patah dua, tapi akhirnya doktor berjaya keluarkan.

Aku memang tak sempat / tak ingat pun nak tangkap gambar gigiku itu.

Then bila dah habis, aku ke kaunter, then diberi ibuprofen (pembunuh sakit) berjenama brufen dan cuti sakit sehari (mungkin doktor atau staf tak dengar aku minta dua walaupun aku telah ditawarkan doktor untuk pilih sama ada satu atau dua hari MC.). Then kena cas RM50.


Walaupun aku ada M.C. aku balik office di Pusat Komputer. Tapi tak buat kerja la. Kawan sekerja di sini faham (since depa perasan resit klinik) keadaaanku. Painkiller memang membantu kesakitan yang aku alami. Tak tahulah kalau takde painkiller.

Memang hari ni tak makan apa-apa dari pagi... then dah pukul 4.00 PM, aku menggunakan kelebihan M.C. untuk pegi makan kat moi sup kat padang.

Dah la... malas nak merapu panjang-panjang... by the way, sekarang ni tak sakit... ALHAMDULILLAH mungkin kerana kesan painkiller kot... erm OK la... bye

Monday, 5 April 2010

Laksa 45

Wow 45 bungkus laksa cuma RM 2.00 je?



Bukanlah... Laksa 45 tu cuma nama kedai je...

Sabtu baru ni aku lapar, so aku jalan-jalan la ke kedai. Kedai tu plak tutup... so aku ronda-ronda la cari kedai ikut jalan yang jadi pasar malam Sungai Ara...

Sebenarnya aku dah lama dah (mungkin setahun dah) tak pergi pasar malam situ. Semak samun @ hutan yang ada kat hujung pasar malam tu tu dah dibersihkan. Siapa bersihkan, aku pun tak tahu, tapi nama yang pertama terlintas di mindaku adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tak pun pemaju tempat tu. Oh by the way, clear-clear jugak, tapi tanah dia masih hijau OK.

Since dah clear, dari jauh aku perasan ada signboard tulis Laksa 45 RM 2.00.

Aku pun ke tempat tu. Rupanya extension tambahan semuah rumah corner lot. Bagus aa Melayu berniaga ni, tambahan taraf hidup yang me-ROKET naik zaman ini. So aku tengok tempat tu macam baru bukak je... macam tutup pun ada gak... so aku tanya akak tu,

"Bukak ke kak?"

Since dah konfirm buka, so aku order laksa dia, dipendekkan cerita aku order gak ABC / ais kacang. Bila pekena laksa aku rasa OK je, tapi rasa ada benda kurang... ooo telur kurang... order telur laks...

So semuanya erm... RM 4.20 ...er bukan RM4.50 ke?

Nak kata rasa macam laksa janggus ke, atau laksa mak korang masak tu... tak la... tapi OK la... aku makan habis... berbaloi la dengan RM 2.00 laksa tu.

Sunday, 4 April 2010

Rokok Babi? April Fool?


Yikes! Akhbar Kosmo! melaporkan 1 April lalu. Rokok berkemungkinan ada sel darah babi. Aku ingatkan april fool... rupanya tak... Kosmo! menyiarkan berita dengan professionalnya.

Aku dah check internet, rupanya bukan Kosmo! je yang lapor Berita Harian dan akhbar-akhbar lain pun tulis gak.

Bagus la Jabatan Kimia nak kaji perkara ini. Cuma kalau nanti disahkan tiada macam mana? Adakah ada iklan mengatakan rokok bebas babi? atau nanti ada cop halal JaKIM? Sama-sama kita nantikan... Tunggu Nas Ahmad TERJAH!

Bagi yang dah berhenti (especially berhenti rokok dan main basikal) aku ucapkan tahniah. Bagi yang belum, (especially merokok untuk turun berat... ...LIVE STRONG!), berhenti aje la. Kalau tak nak berhenti, stop dulu, then simpan duit yg buat belanja rokok tu. Kalau result dah keluar, terpulanglah nak sambung rokok ke tak...

...ceh macam la aku ni hebat sangat...

...OK adios...

Saturday, 3 April 2010

Warga emas Pulau Pinang kutip RM100 hari ini (juga?)


Warga emas sekitar Bukit Jambul berpusu-pusu ke Maybank Bukit Jambul, Pulau Pinang untuk mendapatkan wang tunai RM100 sempena Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang. Menurut Menteri Besar Pulau Pinang dalam blognya. Penghargaan kepada warga emas Pulau Pinang ini akan diberikan setiap tahun.

USM 5 stars

 

USM 5 Star

 
Universiti Sains Malaysia (USM) get five out of six stars on a so called ARES ranking made by Ministry of Higher Education in 2007. Well this post is not for bragging. This post is meant for archive.

Friday, 2 April 2010

Nasi Beriyani KFC



Have u all tasted the Nasi Beriyani KFC?

I got the chance way back weeks ago... maybe on the first day. hmm dunno.

So I taste it la since KFC not selling Nasi Ayam due to this promotion. What I like is the soup. The soup has more spices taste in it unlike the nasi ayam one, unfortunately the nasi tasted mediocre (if eaten alone). The nasi taste better when you eat it with soup.

OK that's all for now

Thursday, 1 April 2010

USM got five star ranking



Universiti Sains Malaysia (USM) get five out of six stars on a so called ARES ranking made by Ministry of Higher Education in 2007. Yes, I know this story is soooooo 2007, but well this post is not for bragging. This post is meant for archive.