Monday, 5 April 2010

Laksa 45

Wow 45 bungkus laksa cuma RM 2.00 je?



Bukanlah... Laksa 45 tu cuma nama kedai je...

Sabtu baru ni aku lapar, so aku jalan-jalan la ke kedai. Kedai tu plak tutup... so aku ronda-ronda la cari kedai ikut jalan yang jadi pasar malam Sungai Ara...

Sebenarnya aku dah lama dah (mungkin setahun dah) tak pergi pasar malam situ. Semak samun @ hutan yang ada kat hujung pasar malam tu tu dah dibersihkan. Siapa bersihkan, aku pun tak tahu, tapi nama yang pertama terlintas di mindaku adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tak pun pemaju tempat tu. Oh by the way, clear-clear jugak, tapi tanah dia masih hijau OK.

Since dah clear, dari jauh aku perasan ada signboard tulis Laksa 45 RM 2.00.

Aku pun ke tempat tu. Rupanya extension tambahan semuah rumah corner lot. Bagus aa Melayu berniaga ni, tambahan taraf hidup yang me-ROKET naik zaman ini. So aku tengok tempat tu macam baru bukak je... macam tutup pun ada gak... so aku tanya akak tu,

"Bukak ke kak?"

Since dah konfirm buka, so aku order laksa dia, dipendekkan cerita aku order gak ABC / ais kacang. Bila pekena laksa aku rasa OK je, tapi rasa ada benda kurang... ooo telur kurang... order telur laks...

So semuanya erm... RM 4.20 ...er bukan RM4.50 ke?

Nak kata rasa macam laksa janggus ke, atau laksa mak korang masak tu... tak la... tapi OK la... aku makan habis... berbaloi la dengan RM 2.00 laksa tu.

No comments:

Post a Comment