Sunday, 9 May 2010

Apa sudah jadi dengan IrfanKhairi.com?

kemaskini 7:30PM - IrfanKhairi.com dah kembali OK


Blog Irfan Khairi yang menghadapi masalah

Hari ini saya tergerak untuk melawat blog Irfan Khairi setelah saya membaca sebuah buku berkenaan dengan blog. Saya terkejut apabila saya mendapati laman web seseorang yang dikenali sebagai jutawan internet itu di'suspend'.

Sebagai pemilik laman web, saya juga hadapi kes sebegini. Kes begini berlaku kepada saya bila yuran tahunan laman web telah tamat tempoh, dan saya masih belum membayar. Jika saya telah membayar, ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum pulih semula. Satu lagi punca perkara sebegini adalah disebabkan kesilapan syarikat penyedia hos laman web.


Bukan super-impose. Tertulis perkataan 'suspend' di carian Google

Apa pun, saya berharap laman web Irfan Khairi akan OK semula dan terus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sekalian.

No comments:

Post a Comment