Wednesday, 16 June 2010

Balada Basikal Jalanan

Dah berbulan lama aku nak beli basikal, tapi pendam je. Semangat nak ada basikal mula membara kembali bila Rezdrake asyik duduk cerita pasal basikal dia dalam blog.

Suatu malam yang berhujan rintik-rintik dalam dua tiga bulan lepas, aku terserempak dengan sebuah kedai basikal. Aku singgah dan bertanyakan basikal yang termurah. Tokeh kedai tu tunjuk la yang made in Malaysia RM299. So aku kata next time sebab malam tu aku datang naik motor je.

Aku dahulukan duitku untuk perkara yang lain. 'Investment' yang tidak menjadi.

Semalam aku datang ke kedai tersebut dengan kereta. Basikal RM290 tu dah tiada stok, kemudian aku ditunjukkan dengan yang RM400. Akhirnya aku membeli basikal yang RM600.

Inilah dia basikal tersebut. Yang muat komplete masuk kereta aku. Tak perlu cabut tayar atau sangkut belakang kereta. Lepas ni bolehlah datang ke kerja naik basikal je.


Bike by Raleigh (unknown model)
Gear by Shimano
Tyre by Kingstone

No comments:

Post a Comment