Tuesday, 8 June 2010

Counter Strike di USM



Satu pertandingan Counter Strike telah dianjurkan di Universiti Sains Malaysia bersempena Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-29. Pertandingan yang berlangsung selama tiga malam (4, 5, dan 7 Jun) menyaksikan 14 buah IPTA berentap untuk berebut untuk gelaran jaguh counter-strike.

DaLapan buah IPTA telah melayakkan diri

Universiti Malaysia Perlis akhirnya dinobatkan menjadi juara setelah membelasah Universiti Malaysia Sarawak dengan kemenangan 17-0. Tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara yang menewaskan Universiti Tun Hussein Onn.

Sebagai penutup tirai, perlawanan persahabatan telah diadakan antara finalis PALAPES menentang Urusetia dari USM dengan kemenangan berpihak kepada USM.

No comments:

Post a Comment