Wednesday, 23 June 2010

Langkawi 2010 - Hari 2 - Island Hopping


Lepas sarapan pagi di hotel, van pelancongan menunggu aku pukul 8:30AM untuk pakej sesi Island Hopping. Naik bot ramai-ramai, yang sedih nye aku sorang je solo, yang lain semua couple baru kawen tengah honeymoon.




Persinggahan pertama = Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting. Untuk ke Tasik Dayang Bunting, perlu naik bukit, sampai 'puncak' kemudian turun. Sementara nak sampai ke puncak, bersiap sedialah menghadapi monyet di kiri kanan yang nak mengattack makanan anda.



Laluan turun ke tasik pula, curam... nasib baik ada tangga, tapi hati-hati sebab pemegang tangga tu berkarat, silap-silap tangan anda boleh terluka. Sampai di platform barulah boleh berehat, mandi manda (awas! air dalam), naik bot kayuh / solar. Kalau tengok kat bentuk pergunungan, nampak la macam bentuk perempuan mengandung.

Sampan tour tu bagi sejam je kat Pulau ni.


Pastu naik bot, pergi bagi makan burung helang di Pulau Singa Besar. Tak lama sangat pun, basic package... tengok je la tokey bot ni baling makanan dalam air, helang turun menderu nak makan.



Kemudiannya ke Pulau Beras Basah. Tempat ni tempat orang mandi dan watersport. Kalau korang pandai kautim, boleh la dapat offer...


Dah habis, balik lunch... Lunch di Restoran Kampung Siam (or whatever namanya) sebelah je dengan Underwater World Langkawi.


Hotel tempat aku tinggal turut menyediakan makanan ala kedai mamak di luar hotel. Pricing: dua hingga tiga kali ganda harga di kedai.


Tapi malam tu aku makan di Jai Cafe.

No comments:

Post a Comment