Saturday, 31 July 2010

Kes Rogol, Zina, Buang Bayi: Adat perkahwinan kita perlu diubah

Kebelakangan ini banyak kes rogol, zina, serta buang bayi diutarakan. Satu penyakit masyarakat yang jika tidak dirawat dikhuatiri akan mendatangkan mudarat yang lebih dahsyat.

Pendapat saya mungkin tidak betul. Rujuklah mufti-mufti yang berkenaan. Tapi saya ingin melahirkan pendapat. Jika salah, saya minta maaf.

Walaupun kita boleh tunding jari kepada pengaruh barat, video lucah, dsb, kita boleh lihat yang masalah ini juga ada kaitan dengan adat perkahwinan kita. Cuba kita lihat. Nikah: suatu perkara yang wajib dalam menyatukan dua insan. Ia membenarkan pasangan tersebut membina keluarga. Nikah itu cukup perfect. Soalan saya sekarang ni. Semahal manakah belanja nikah itu? Daripada pengalaman saya, seseorang lelaki itu tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk ini.

Akan tetapi dalam masyarakat kita, ada pula event yang datang sekali dengan pernikahan ini. (Bagi saya) Ia dinamakan persandingan. Kedua-dua ini jika (bagi saya) adalah apa yang masyarakat setempat katakan sebagai perkahwinan.

Persandingan dan majlis kenduri serta segala macam perkara tambahan inilah yang menjadikan satu perkahwinan menjadi mahal. Kegilaan masyarakat untuk mengejar 'grand' menjadikan perkahwinan ini semakin mahal. Biasanya bakal pengantin yang tidak mempunyai simpanan yang cukup akan membuat pinjaman bank yang mengambil masa 10 tahun ke atas untuk habis.

Kalau nikah ini mudah dan murah, janganlah kita susahkan ia, dan jadikan ia mahal... jika ada yang berpendapat nikah ini susah dan mahal, maka janganlah kita menambahkan susah dan memahalkannya lagi.

Kesimpulannya walaupun kita boleh mencari sebab lain, tapi kita perlu lihat juga akan adat perkahwinan kita. Minta tolonglah jadikan adat perkahwinan di dalam bangsa kita ni mudah dan murah, agar pemuda-pemudi kita tidak mencari alternatif yang diharamkan Islam.

Friday, 23 July 2010

Taklimat CIO

Antara isi: Pencapaian PPKT * Kerja semasa MANTAP * Peranan PPKT dalam mencapai status universiti APEX (kecemerlangan dalam tugas membantu pihak atasan dapat membantu impian orang atasan.) * KPI PTJ 10% = KEDAI PPKT * Sijil kehadiran 3P Prestariang * staf boleh minxa bidang selain 'kepakaran' (i.e. Programmer boleh minta CCNA * Jamuan sblm sebelum Ramadhan.

Thursday, 22 July 2010

'Jom heboh' versi buku di USM

Heboh buku kini datang ke USM . Datanglah ramai ramai .kat sini la aku beli buku PHP BAhasa Melayu aku.

Tuesday, 13 July 2010

Friday, 9 July 2010

ESQ165 Ajaran Sesat - Mufti Wilayah Persekutuan

NOTA - tidak semua negeri di Malaysia mengharamkan ESQ165 ini. Sila update perkembangan terkini anda untuk maklumat lanjut.



DOWNLOAD PDF fatwa tersebut di sini.

Thursday, 8 July 2010

Komuter USM

Setelah pokok ditebang

Mamak Cyber

Restoran nasi kandar kini memasuki era baru. Pesanan makanan kini diambil PDA. PDA tersebut mempunyai perisian khas yang memudahkan staf menulis order.

Wednesday, 7 July 2010

Germany vs Spain - Paul the Octopus prediction...

Apabila kebanyakan pasukan piala dunia mempunyai haiwan rasmi sebagai maskot dan simbol perjuangan mereka. Sotong yang tidak dipilih sesiapa pula bersinar di piala dunia kali ini.

Paul si sotong 'keramat' dikatakan telah meramalkan semua perlawanan Piala Dunia 2010 yang membabitkan pasukan Jerman dengan tepat. Ini termasuklah kemenangan Serbia ke atas Jerman tempoh hari.

Apabila Jerman masuk ke pusingan 16, Paul menjadi tumpuan. 'Pilihan' Paul ternyata tepat apabila pada perlawanan suku akhir, Jerman melumpuhkan skuad Diego Maradona dengan 4-0.

Dengan perlawanan antara Jerman dan Sepanyol semakin dekat, pastinya media tertumpu sekali lagi kepala Paul ini.

Gambar Paul 'memilih' Sepanyol yang tersebar sejak Selasa lepas, pastinya meresahkan penyokong Jerman.

<-

Namun penyokong Jerman pastinya lega apabila gambar tersebut telah dibuktikan sebagai 'telah di-photoshop-kan' sesetengah peminat yang mahukan Sepanyol menang.

Berita telah keluar... mari kita lihat pilihan Paul dalam video youtube ini

Monday, 5 July 2010

Jaga kaunter

Ketua telah mengarahkan konco-konconya untuk duduk di barisan hadapan. So semrang ni turn aku. Memang tensyen! Lepas satu call habis, baru letak gagang, ada call lain pula. Huhu

Blogger email testing


Hari ini aku mengetest menghantar e-mel dari henset ke blogger... inspirasi dari faizalr.com ... terima kasih kepada Alap kerana ajar aku setting Nokia tu

wajah baru Dewan Tuanku Syed Putra USM