Wednesday, 7 July 2010

Germany vs Spain - Paul the Octopus prediction...

Apabila kebanyakan pasukan piala dunia mempunyai haiwan rasmi sebagai maskot dan simbol perjuangan mereka. Sotong yang tidak dipilih sesiapa pula bersinar di piala dunia kali ini.

Paul si sotong 'keramat' dikatakan telah meramalkan semua perlawanan Piala Dunia 2010 yang membabitkan pasukan Jerman dengan tepat. Ini termasuklah kemenangan Serbia ke atas Jerman tempoh hari.

Apabila Jerman masuk ke pusingan 16, Paul menjadi tumpuan. 'Pilihan' Paul ternyata tepat apabila pada perlawanan suku akhir, Jerman melumpuhkan skuad Diego Maradona dengan 4-0.

Dengan perlawanan antara Jerman dan Sepanyol semakin dekat, pastinya media tertumpu sekali lagi kepala Paul ini.

Gambar Paul 'memilih' Sepanyol yang tersebar sejak Selasa lepas, pastinya meresahkan penyokong Jerman.

<-

Namun penyokong Jerman pastinya lega apabila gambar tersebut telah dibuktikan sebagai 'telah di-photoshop-kan' sesetengah peminat yang mahukan Sepanyol menang.

Berita telah keluar... mari kita lihat pilihan Paul dalam video youtube ini

No comments:

Post a Comment