Monday, 18 October 2010

T-Shirt Merah tawan Georgetown

RED SHIRT SHOOTING SPREE in MALAYSIA

Sekumpulan warga Malaysia yang berkemeja-t merah shooting sana sini di bandar Georgetown. Polis bagaimanapun tidak berbuat apa-apa terhadap kumpulan ini.

Kumpulan t-shirt merah di Georgetown ini telah dibuktikan ada kaitan dengan kumpulan dengan tujuan yang sama di Thailand, Indonesia, Vietnam, dan Singapura.


'geng t-shirt merah' dari kelab ShutterLense

Bersenjatakan kamera, kumpulan ini berkeliaran di seluruh Georgetown untuk menawan hati para juri pertandingan Canon PhotoMarathon Malaysia yang tahun ini berlangsungdi Pulau Pinang.

Setelah beberapa rakan mengajak aku menyertai pertandingan ini, maka aku pun mendaftar online, apatah lagi event peringkat Malaysia ini diadakan tidak di KL, tapi di Pulau Pinang.

Sebanyak tujuh hadiah utama ditawarkan, kesemuanya kamera Canon. Pemenang 'Grand Prize' membawa pulang sebuah kamera Canon 1D Mk IV dan 'mewakili' Malaysia ke PhotoMarathon Asia yang diadakan di Turki.



Acara bermula di Tanjong City Marina. Nasib baik mereka memasang khemah besar, kerana pada pagi itu hujan lebat melanda Pulau Pinang. Tema di perhentian pertama ini adalah: "Eyes on EOS".



Aku yang datang dengan kereta sempat balik rumah, untuk tukar dengan motorsikal.



Kemudiannya aku ke Hentian kedua... di Segafredo. Tema baru diumumkan iaitu "Humanity"



Dah tajuk pun manusia, ramailah manusia kena kerumun dengan kumpulan t-shirt merah

Petangnya kami ke hentian terakhir, di kedai konsep Canon yang bersebelahan dengan hotel Tune untuk cop dan mendapat tema terakhir. Tema terakhir adalah: "Delicious".



Nasib baik aku belum makan... so bolehlah snap satu dua gambar makanan yang akan aku makan.



Perhentian seterusnya, Tanjong City Marina. Semua peserta perlu upload gambar mereka di stesen upload di situ sebelum 5:30 PM.



Memang meletihkan.


kamera yang telah dicuci

Di event ini, sebuah kaunter cuci kamera secara percuma telah dibuka. En. Khuzaimi lah yang telah beriya-iya 'memperkenalkan' aku dengan kaunter ini. Bagus juga, sebab sejak beli, kamera aku ni tak pernah dicuci.


uji lensa RM20,000

Di samping itu kaunter promosi/uji produk lensa dan kamera Canon juga dibuka. Aku mencuba lensa termahal (RM20,000), dan termurah (RM350) yang ada di situ.

Di sebelah malamnya barulah keputusan diumumkan. Penganjur telah mengumumkan keputusan pertandingan antara jam 11:00PM hingga 11:30PM.


Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment