Thursday, 13 January 2011

Kenny Roger's Beratur

 
 
 

Bukan sahaja Nasi Kandar Beratur kena beratur, pada 12/1/2011 Kenny Roger's Roasters seluruh Malaysia pun jadi Kenny Roger's beratur akibat diserbu pelanggan. Sebenarnya Kenny Roger's mengadakan promosi Roasters Eating Day atau singkatnya R.E.D. . Dalam promosi itu, sesiapa yang mengenakan baju merah layak menerima satu set makan ayam 1/4 percuma dengan setiap pembelian satu set makan ayam 1/4. Ibarat beli satu dapat satu.


Posted by Picasa

Monday, 10 January 2011

USM IPTA pertama ada 4G


PULAU PINANG, 5 JAN – Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama dilengkapi akses 4G, sekaligus menyalurkan akses internet kepada 20,000 penuntutnya ketika ini.

Kemudahan teknologi yang mendapat kerjasama penuh rakan strategik dari pihak industri, YTL Communications itu didatangkan bersama sistem suara dan berkeupayaan meliputi kesemua 240 hektar kawasan di USM.

Kemudahan jalur lebar itu dibawakan khas ke USM oleh pihak YTL Communications di bawah program rangka kerja Education Partner Program (EPP).

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, kemudahan seumpama itu dapat memakmurkan lagi cabang ilmu dan memberi kemudahan kepada puluhan ribu pelajar untuk melayari internet dalam proses pembelajaran mereka.

Katanya, ia memberi kemudahan kepada warga kampus untuk mendapatkan maklumat di hujung jari dan tidak bersifat eksklusif, yang mana hanya pihak tertentu sahaja boleh menikmati kemudahan itu sedangkan yang tidak berkemampuan dipinggirkan.

``Kemudahan seumpama ini memberi kemudahan pada semua, tidak kira di bandar mahu pun sebaliknya. Ia juga salah satu contoh terbaik dalam usaha universiti menerapkan nilai-nilai kesamarataan dalam pembangunannya,’’ katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Communications, Yasmeen Mahmood pula berkata, jalur lebar menjadi semakin penting bagi proses pembelajaran kerana ia mampu membina generasi masa hadapan yang lebih progresif.

Tambah beliau, pihak YTL Communications berbangga mampu menyediakan perkhidmatan 4G kepada sebuah universiti bertaraf APEX seterusnya memberi kemudahan kepada penuntut USM dan membentuk perubahan positif kepada persekitaran akademik mereka.

Sebahagian daripada usaha YTL untuk menyediakan kemudahan jalur lebar yang berkualiti tinggi kepada penuntut yang berdaftar di kampus seperti USM ini, mereka akan dibekalkan dengan capaian sebanyak 300MB sebulan tanpa sebarang cas penggunaan selama tiga tahun.

Sungguhpun buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh YTL hanya meliputi kampus induk, namun pihak YTL sudah bercadang untuk memperluaskan lagi jaringannya kepada kampus-kampus USM yang lain pada masa akan datang.

Sehubungan itu juga, akses 4G ini mampu memberikan perkhidmatan internet lima kali ganda lebih laju berbanding dengan kemudahan 3G yang sedia ada.

Saturday, 8 January 2011

Internet RM2 sehari



Yup Digi menawarkan internet RM2 sehari (actually RM10 / 5 hari), yang bestnya, bayar prepaid.

Limited Edition Prepaid Internet™ dijual pada hanya RM25. Lepas beli, tak payah nak susah-susah register macam masa beli simcard telefon. RM25 ni kiranya macam beli simcard internet. Dalam dia ada penggunaan internet untuk 5 hari. So let say kat rumah dah ada streamyx, tetiba anda kena pergi konferens kat KL ke... so berbaloi la..

Download speed dia mencecah 384kbps (within Turbo3G™ network). Boleh la kalau setakat nak tweet dan facebook... tapi kalau youtube tu kena tunggu sedikit. Tapi apa yang bestnya anda boleh top-up di mana-mana, top-up RM10 untuk 5 hari.

Actually, it's a best invest kalau korang tak tahu macam mana penggunaan bulanan korang kan... until korang dapat figure-out plan bulanan yang sesuai dengan korang.

So aku menggunakan Digi Internet Prepaid ni. Tapi lepas ni, tak perlu pergi digi center setiap bulan untuk bayar bil.



Sunday, 2 January 2011

Tiada Plastik Percuma di Pulau Pinang



Mulai 1 Januari 2011 Pasaraya besar, pasaraya, gedung membeli belah, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar, kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) dan kedai rangkaian perlu mematuhi Hari Tanpa Beg Plastik Percuma Setiap Hari.

Bagi pasar mini dan kedai tunggal, mereka perlu mematuhi Hari Tanpa Plastik Percuma Tiga Hari Seminggu - setiap Isnin, Selasa, Rabu.

Bayaran 20sen setiap beg akan disalurkan ke Tabung Rakan Anti-Kemiskinan.