Monday, 25 April 2011

Sushi RM2


Sushi King buat offer Sushi RM2 sepinggan macam tahun-tahun lepas. Bagi yang tinggal di Pulau Pinang. Ada masa lagi nak pekena sushi.

Tapi jangan dok bedal je. Pihak Sushi King dah inform tahun lepas ada antara sushi hidangannya mengandungi alkohol (klik sini la kalau nak tahu hidangan mana).

Tahun lepas aku dah pergi dah... kalau korang baca entry seterusnya, korang boleh expect apa yang bakal korang hadapi masa korang serbu sushi king nanti.



Aku berpeluang makan sushi yang kebiasaannya mahal-mahal pada harga RM 2.00 sepinggan. Peluang ini datang kerana:


1. RZMIE bagi Kad Sushi King


2. Sushi King buat offer promosi RM 2.00 sepinggan untuk sebarang hidangan nasi di atas kaiten belt.

Dalam tempoh 4 hari offer tersebut, aku hanya datang dua kali di Sushi King Queensbay Mall. 1st time tangkap guna kamera henfon, 2nd time guna kamera digital.


Beratur orang datang makan sushi ni. Terutamanya pada hari terakhir offer. Majoriti yang datang makan sushi ni orang bukan Melayu.


Makanan atas kaiten-belt


Some of the dishes yang saya sempat makan (day 1)
SAKE MAYO MAKI (Salmon Mayonnaise), UNAGI (Grilled Eel), SAKE (Raw Salmon), KAMI TAMA MAKI, Smoked Salmon, - IKA (Fresh Cuttlefish)


Tapi biasanya bila offer ni, orang akan aim pinggan ungu (RM6), atau pinggan merah(RM5), dan buat bodo kat pinggan pink (RM4), biege (RM3), dan yang biru muda (RM2) diorang buat2 tak nampak.
Dalam gambar di atas tu Deep Fry Prawn (Tempura yg digoreng lama sikit), Tempura (Udang salut tepung goreng), dan SANMA KABAYAKI (Grilled Pacific Saury / rasa mcm ikan kembung je)


Tapi memang syurr... bila dapat makan udang RM6 pada harga RM2 sepinggan.


Hari Pertama (9) vs (7) Hari Akhir
Cukup la 9 pinggan, dah kenyang sushi... Alhamdulillah...


Bukan aku sorang je yang susun pinggan nie... orang lain pun susun gak...

So dah habis dah pesta Sushi RM 2 ni. Tunggu lak tahun depan.

--------

Jom layan Youtube


Test Drive Proton Exora, can win RM6000



When I say S.P.A.C.E, what do you say? PROTON Exora!!!

Based on Exora’s unique benefits that can be best summed up as S.P.A.C.E, this as a word highlights the spaciousness of this 7-seater MPV, but as an acronym describes the car’s key qualities – which is Safety, Performance, Advanced Styling, Comfort and Economical (SPACE).

Proton Exora is Malaysia's first home-grown MPV that has been built to world class quality & standards in performance, safety, technology and comfort.

With Proton, not only you get to drive your family and friends in comfort, but safety is always a priority. Thanks to Proton, they're hosting its first-ever Exora VIP Test Drive Session and you're invited to participate!



All you need is to register yourself at www.allaboutexora.com

Not only you will learn more about Exora's winning features, you get a chance to gain budget tips, have a spa session and win cash prizes of RM6k!

LOST: Blackberry Curve 8320

244F6A08
.

Sunday, 24 April 2011

Now Everyone can Win Internet Awards


Betul... semua orang ada chance nak menang anugerah internet DiGi WWWoW Awards. Anugerah ini tidak macam anugerah-anugerah elit ICT untuk syarikat-syarikat besar.

Kini anda boleh memenangi anugerah ICT ini terima kasih kepada:


Apa lagi... daftar segera, dan hantarkan laman web, blog, gambar, serta video youtube anda ke Digi WWWoW Awards dan saksikan 1Malaysia menghargai anda.



We, Malaysians, are very attached to the Internet. What's better than bringing the Internet users together and be awarded? #DiGiWWWOW

Saturday, 23 April 2011

Kawan share pasal kereta dari facebook


Ada wanita yang sangat hebat dalam hal kereta ini, malah ada yang memandu kereta lumba dalam pertandingan yang dipenuhi pelumba lelaki.

Tapi sebagai manusia, setiap insan itu tidak sempurna 100%. Jadi, layan aje la video youtube di bawah ini.


Well... I don't blame sesiapa yang terlepas cakap selepas menonton video di atas.

Sedang korang tonton ni, kalau korang nak test drive kereta, apa kata test drive Proton Exora. Dengar cerita, boleh menang RM6000. Apa pun boleh check website proton di bawah.


Selamat mencuba Proton Exora. Moga menang RM 6,000.oo tu.

Thursday, 21 April 2011

Blackberry 50sen #digiwhatberry


Pakai Blackberry memang best. Tapi yang tak bestnya, kena bayar yuran Blackberry. Nasib baiklah, caj sehari semurah 50sen je.

Kalau nak best lagi, pakai la yang Prepaid Blackberry Unlimited. Yang ni cuma RM 2.00/sehari sahaja. RM2.00 tu kira yang paling murah antara 'the big three' (tiga syarikat gergasi telekomunikasi mudah alih yang popular). Yang dua lagi tu caj RM 2.50.

Jadi dengan DiGi, top-up RM10, boleh pakai 5 hari prepaid blackberry unlimited, berbanding dua telco lagi (4 hari je).

ENGLISH
No matter what kind of social creature you are, there’s a Berry that’s bound to fit your lifestyle!

Discover What Berry Are You today. This time. Bigger, better and definitely a whole lot Berrier!

Win tickets to the Yuna Inspired Secret Concert together with other berry good prizes to come.

Click for more info and start sharing this berry fun website today!

http://www.churpchurp.com/rizman/share/digi-bbsocial/

Wednesday, 20 April 2011

Belajar Photography Sempoi

klik utk gambar besar (facebook)20 Mac baru-baru ini, aku berkesempatan menghadiri kursus "ASAS DUNIA FOTOGRAFI" yang diadakan dengan anjuran bersama Desasiswa Saujana USM dan Kelab Fotografi Penang Flickr.

Ramai yang masuk, aku ingat ada 100 orang kot... satu kepala depa caj RM100... fuhh RM10,000.00 tu. Setahun ada 52 minggu, 1 kelas = RM10K ... 52 minggu = 52 kelas ... wa RM520,000. Setengah juta woo...


klik utk gambar besar (flickr)


Teori dijalankan sebelah pagi, di dewan kuliah T. Kami berhenti pada waktu tengah hari. Makanan tengah hari turut disediakan penganjur. Pada sebelah petangnya, ada sesi praktikal diadakan. Sesi amali dijalankan di sekitar tasik dan luar desasiswa harapan.

Berikut adalah shot terbaik untuk setiap model:


Gambar dua model di atas ini diambil menggunakan setting automatik, tambahan pula ada edit dengan software.

Lepas tu aku dinasihatkan menggunakan manual. Alang-alang dah dalam kelas, gunalah manual kan... kalau gambar tak elok, boleh tanya.

Lepas lama praktis dok pakai manual, barulah dapat shot terbaik ni. Ni shot terbaik manual, takde pakai auto mahupun pakai perisian edit gambar.


Ada jugak aku amik gambar seksi, tapi semuanya blur. maklumlah, tak pandai. Oh ya model yang last ni ada page facebook rasmi. So kalau nak tengok gambar-gambar dia yang diambil oleh photographer hebat, pergi ler...

Tuesday, 19 April 2011

e-mel 1Malaysia utk semua rakyat

Seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas bakal mempunyai akaun e-mel percuma 'terima kasih' kepada kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional.

Dijangkakan pengguna akan dapat akaun emel __@1my.__

Perlaksanaan projek RM50juta ini akan diterajui sebuah syarikat ICT tanah air, tricubes. Dijangkakan Tricubes akan bekerjasama dengan Microsoft untuk projek ini.

E-mel ini dikhabarkan akan dijadikan sebagai medium e-mel rasmi urusan kerajaan dengan rakyat. Notis-notis dan kenyataan-kenyataan tertentu daripada kerajaan akan disampaikan menggunakan e-mel ini.

Dengan perlaksanaan e-mel ini, mungkinkah satu hari nanti kita tidak boleh memberi alasan saman polis tak sampai rumah.

Monday, 18 April 2011

Malaysia tumpuan facebook sedunia?



Sedikit fakta tentang Facebook dan Malaysia:
  • Kira-kira 10,132,900 orang penduduk Malaysia, menggunakan Facebook
  • Kita no.1 dalam mengisi masa lapang dalam Facebook
  • Kita jugalah no.1 paling ramai kawan Facebook secara purata

Dengan semangat 1MALAYSIA. Jom jadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan facebook sedunia. Sertai sekarang! #DiGiforAll

MALAYSIA BOLEH!
.

Make Malaysia as the facebook capital of the world!


We, orang Malaysia, have for THE MOST FACEBOOK FRIENDS on average. We, as a nation, spend THE MOST TIME on Facebook.

Wouldn't it be great if all of us come together as one and do a super duper huge petition to get Facebook to acknowledge Malaysia the Facebook capital of the world?

Challenge accepted!! Nothing is impossible so let's come together hand in hand and start inviting your friends, Churpers!

Just add your profile picture to the Movement gallery. Your picture will help us create the largest FB invite card ever. So large FB won't ignore us! Pledge your support and you could win an exclusive invite to DiGi's LIVE FB Party.

C’mon, click for more info, share them & make us the top of the world! Yeeha!
.

Sunday, 17 April 2011

Prophet Muhammad's s.a.w. Malaysian passport.

This isn't actually a passport. It is a small, passport size and look-a-like book sharing some factual data of the Rasulullah (prophet Muhammad s.a.w.).

Guna celcom & xpax dapat penyakit berjangkit?

Celcom Xpax baru-baru ini memperkenalkan 'penyakit berjangkit' terbaru, iaitu Kolony. Dengan kolony, kini panggilan anda 28sen/10minit.

Rupanya logo misteri macam biohazard ni rupanya gimik Celcom. Patut la Kementerian Kesihatan Malaysia tak kalut pun.

Daripada laman web Kolony, kelihatan seperti Celcom mahu buat ala-ala facebook / twitter gitu.

So... sekarang ni saya tak tahu menahu tentang Kolony ni. Nanti, ada info saya akan update.


Screenshot laman web Kolony

Tuesday, 12 April 2011

shopping bagai kad kredit, limit bagai kad atm


Kini di dalam internet, kita boleh membeli pelbagai benda. Di Malaysia, shopping dalam talian ini menjadi semakin hangat dengan adanya perbankan internet dan laman sesawang yang menawarkan diskaun. Siapa tak ingat akan tawaran tiket penerbangan AirAsia pada harga RM1. Pada masa itu tawaran ini hanya disediakan di dalam internet sahaja. Jadi ramailah rakyat yang nak mendapatkan kad kredit agar mereka dapat beli tiket kapal terbang online.

BERBELANJA BAGAI KAD KREDIT, TERHAD BAGAI KAD ATM

Tapi ada pula yang mahu kemudahan macam kad kredit, tapi tak mahu hutang macam kad kredit. Hanya ikut berapa banyak baki yang ada dalam bank. Pendek kata: shopping macam kad kredit, limit macam ATM.

Mereka yang sebegini tak perlu bimbang. Kini sudah ada kad debit. Kad debit ini membenarkan anda berbelanja berdasarkan jumlah wang di dalam kad. Pada permulaan pengenalan kad ini, anda perlu top-up duit masuk dalam kad ini. Kini anda perlu masukkan duit dalam bank. Malah kini kad ATM pula automatik menjadi kad debit.

Bank Simpanan Nasional merupakan bank yang pertama mempunyai kad ATM debit. Tidak seperti kad debit lain pada masa itu, pelanggan baru atau mereka yang memperbaharui kad Giro terus mendapat Kad Giro Matrik BSN yang ada cop VISA electron. Pada asalnya orang takut akan kad ini. Ada remaja yang kena marah kerana kad ini disalah anggap sebagai kad kredit.

Kini dengan penyertaan bank dan kad ATM automatik jadi kad debit, anda tak perlu susah payah nak masuk duit. Gaji masuk dalam bank, terus masuk dalam kad debit.

Penggunaan kad debit kini pula mudah... Pergi sahaja kedai yang mengambil bahagian, 'swipe'. Ibarat tokei kedai pula yang tolong pergi keluar duit kat ATM untuk anda.

Dengan kad debit, tiada faedah yang tinggi. Hutang pun tiada, malah cukai RM50 Najib pun tak ada.

relax...

Badminton PPKT 2011


Pada 12 Mac 2011, Kelab PPKT, dibawah pentadbiran yang baru telah mengadakan EBOX pertandingan badminton tertutup kelab. Pertandingan ini telah ditaja oleh EBOX DISTRIBUTIONS. Pertandingan kali ini dijuarai oleh gandingan En. Fikry dan En. Azmi

Foto untuk event ini ada di dalam facebook. Foto akan dimuat naik sedikit demi sedikit kerana nak pilih, crop, dan edit gambar. Foto tidak diedit mengguna Adobe Photoshop.

Friday, 8 April 2011

Beware of chinese (China) fake eggs


It seems that the infamous Chinese* fake eggs from continental-China have made it way outside the country.

*(China the country, not one of the Malaysian etnic) 

Thursday, 7 April 2011

Heboh Telur

Baru-baru ni memang heboh dok sebut pasal telur ayam palsu. Alhamdulillah kerajaan kata telur-telur palsu ni tiada di Malaysia. Yang ada cuma telur busuk atau yang sudah rosak. Lega rasanya...

Kini rakyat Malaysia telah membuka mata berkenaan hal telur ini. Kita kena selalu berwaspada. Di sini saya sediakan beberapa fakta tentang telur palsu ini:

Keratan Akhbar - Ieyra.com



Telur Goreng Palsu - menurut blog Rurumahku



Perbezaan antara telur palsu dan yang sebenar - fb Zacky



Some info:
- Kos pembuatan telur palsu 10% daripada harga beli telur.
- Boleh rosak hati dan otak - Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
- 70,000 warga negara [censored] telah belajar cara membuat telur palsu
- teknologi untuk membuat anggur palsu, malah daging lembu dan ayam palsu juga telah ada di negara tersebut.

Recommended reading about telur palsu

Telur Palsu
Fakta Proses Pembuatan Telur Palsu
China Artificial Food Sportlight in Korea
telur-palsu-dari-china-sudah-merambah-ke-jabotabek
foto-pembuatan-telur-palsu-dari-china

Friday, 1 April 2011

Fresh Restart




Saya telah memutuskan untuk membuat Fresh Restart ke atas blog saya.

Ini bukan april fool

:)