Wednesday, 20 April 2011

Belajar Photography Sempoi

klik utk gambar besar (facebook)20 Mac baru-baru ini, aku berkesempatan menghadiri kursus "ASAS DUNIA FOTOGRAFI" yang diadakan dengan anjuran bersama Desasiswa Saujana USM dan Kelab Fotografi Penang Flickr.

Ramai yang masuk, aku ingat ada 100 orang kot... satu kepala depa caj RM100... fuhh RM10,000.00 tu. Setahun ada 52 minggu, 1 kelas = RM10K ... 52 minggu = 52 kelas ... wa RM520,000. Setengah juta woo...


klik utk gambar besar (flickr)


Teori dijalankan sebelah pagi, di dewan kuliah T. Kami berhenti pada waktu tengah hari. Makanan tengah hari turut disediakan penganjur. Pada sebelah petangnya, ada sesi praktikal diadakan. Sesi amali dijalankan di sekitar tasik dan luar desasiswa harapan.

Berikut adalah shot terbaik untuk setiap model:


Gambar dua model di atas ini diambil menggunakan setting automatik, tambahan pula ada edit dengan software.

Lepas tu aku dinasihatkan menggunakan manual. Alang-alang dah dalam kelas, gunalah manual kan... kalau gambar tak elok, boleh tanya.

Lepas lama praktis dok pakai manual, barulah dapat shot terbaik ni. Ni shot terbaik manual, takde pakai auto mahupun pakai perisian edit gambar.


Ada jugak aku amik gambar seksi, tapi semuanya blur. maklumlah, tak pandai. Oh ya model yang last ni ada page facebook rasmi. So kalau nak tengok gambar-gambar dia yang diambil oleh photographer hebat, pergi ler...

No comments:

Post a Comment