Tuesday, 12 April 2011

shopping bagai kad kredit, limit bagai kad atm


Kini di dalam internet, kita boleh membeli pelbagai benda. Di Malaysia, shopping dalam talian ini menjadi semakin hangat dengan adanya perbankan internet dan laman sesawang yang menawarkan diskaun. Siapa tak ingat akan tawaran tiket penerbangan AirAsia pada harga RM1. Pada masa itu tawaran ini hanya disediakan di dalam internet sahaja. Jadi ramailah rakyat yang nak mendapatkan kad kredit agar mereka dapat beli tiket kapal terbang online.

BERBELANJA BAGAI KAD KREDIT, TERHAD BAGAI KAD ATM

Tapi ada pula yang mahu kemudahan macam kad kredit, tapi tak mahu hutang macam kad kredit. Hanya ikut berapa banyak baki yang ada dalam bank. Pendek kata: shopping macam kad kredit, limit macam ATM.

Mereka yang sebegini tak perlu bimbang. Kini sudah ada kad debit. Kad debit ini membenarkan anda berbelanja berdasarkan jumlah wang di dalam kad. Pada permulaan pengenalan kad ini, anda perlu top-up duit masuk dalam kad ini. Kini anda perlu masukkan duit dalam bank. Malah kini kad ATM pula automatik menjadi kad debit.

Bank Simpanan Nasional merupakan bank yang pertama mempunyai kad ATM debit. Tidak seperti kad debit lain pada masa itu, pelanggan baru atau mereka yang memperbaharui kad Giro terus mendapat Kad Giro Matrik BSN yang ada cop VISA electron. Pada asalnya orang takut akan kad ini. Ada remaja yang kena marah kerana kad ini disalah anggap sebagai kad kredit.

Kini dengan penyertaan bank dan kad ATM automatik jadi kad debit, anda tak perlu susah payah nak masuk duit. Gaji masuk dalam bank, terus masuk dalam kad debit.

Penggunaan kad debit kini pula mudah... Pergi sahaja kedai yang mengambil bahagian, 'swipe'. Ibarat tokei kedai pula yang tolong pergi keluar duit kat ATM untuk anda.

Dengan kad debit, tiada faedah yang tinggi. Hutang pun tiada, malah cukai RM50 Najib pun tak ada.

relax...

No comments:

Post a Comment