Sunday, 1 May 2011

Formula menamakan tajuk filem & drama cinta Malaysia

Menamakan satu filem atau drama mengenai cinta agak sukar. Kadang-kala sampai buntu idea bagaimana nak menamakan filem/drama cinta tersebut.

Jangan risau... ikuti 'formula' yang telah digunapakai oleh banyak filem-filem Malaysia.

1. Sudah tentu filem/drama anda berkisar tentang cinta..., jadi letakkan CINTA di depan

contoh:

CINTA _______

2. Apa lagi isi kandungan utama karya itu? masukkan isu kedua itu dalam tajuk tadi...

3. Berikut merupakan contoh tajuk drama/ telefilem/ filem/ vcd Malaysia yang menjadi sumber inspirasi kepada formula di atas:
  • Cinta 3 Musim
  • Cinta 200 ela
  • Cinta Kolesterol
  • Cinta Luar Biasa
  • Cinta Tabloid
  • Cinta Terakhir
  • Cinta Kita
  • Cinta Fotokopi
  • Cinta Metropolitan
  • Cinta Tiada Restu
  • Cinta Gadis Rimba
  • Cinta Korporat


4. Kalau formula di atas menjadikan tajuk tak sedap: ubah perkataan cinta itu sama ada di tengah atau duduk kat last sekali

_____ CINTA _____

Contoh:
Ketika Cinta Bertasbih

__________ CINTA

Contoh:
Ayat-ayat Cinta
Kuliah Cinta

SEKIAN ... TERIMA KASIH... HEHHE

No comments:

Post a Comment