Monday, 9 May 2011

Leak: TuneTalk akan ada BlackBerry

Laman (page) TuneTalk Mobile pada Facebook sudah tertulis yang TuneTalk mobile 'sudah' menyediakan perkhidmatan BlackBerry.

Aku rasa lepas peraduan "BlackBerry a day keeps the doctors away" tamat pada 20 haribulan ni kot baru Tune Talk Mobile nak bagi servis BlackBerry available untuk rakyat Malaysia. U Mobile (yang bukan core telco) pun dah ada dah BlackBerry inikan pula anak syarikat kumpulan yang ada syarikat penerbangan, siap taja F1 lagi.

Sekarang TuneTalk menyediakan kadar rata terendah prabayar. Entah apalah offer murah giler yang bakal diberikan TuneTalk Mobile nanti.

Rasanya caj perkhidmatan BlackBerry akan makin murah dengan penyertaan TuneTalk Mobile.

No comments:

Post a Comment