Wednesday, 15 June 2011

#OpMalaysia: laman sesawang Malaysia tumbang diserang



Walaupun belum lagi jam 12:00 malam, beberapa laman web kerajaan Malaysia telah deface akibat serangan penggodam.

Semalam, sebuah agensi kerajaan telah mengeluarkan e-mel mengingatkan pentadbir-pentadbir sistem untuk mengambil langkah sewajarnya dalam menangani 'kebocoran' keselamatan di dalam laman web mereka. Mungkin dengan sebab itu, beberapa laman web yang tumbang telah 'berjaya' dipulihkan dengan segera.

Diberitakan bahawa laman web CIDB merupakan laman web .my yang pertama 'ditumbangkan'. Selain itu, laman sesawang bukan kerajaan, KRU Studios juga turut telah ditumbangkan. Dipercayai KRU Studios menjadi sasaran kerana Norman Hakim lantang menyokong langkah menyekat 10 laman perkongsian fail popular baru-baru ini.

Diberitakan juga pengurangan harga minyak RON97 sebanyak 10sen/seliter yang diumumkan kerajaan dikatakan gagal untuk menghentikan serangan ini.

Pada ketika artikel ini ditulis, beberapa laman-laman web baru telah tumbang. Laman-laman web yang tidak berjaya di-deface, diserang secara serangan DDOS.

Untuk maklumat terkini, anda bolehlah mencari di twitter dengan kata kunci #OpMalaysia

No comments:

Post a Comment