Saturday, 5 May 2012

Kasanova (USM final year students' theatre)

Tiket teater KASANOVA berharga dari RM5 hingga RM30

(I am to lazy to translate, please use Google Translate)

KASANOVA merupakan sebuah teater bajet tinggi (bagi pandangan aku). Kisah yang dipaparkan diselitkan dengan komedi oleh Kumpulan Mamu (Raja Lawak) dan lagu-lagu Melayu dan Inggeris. Tarian-tarian juga agak menarik.

Basically story dia macam ni

Jimi (Arja Lee) merupakan seorang penyanyi utama di sebuah kelab di Kuala Lumpur. Beliau memenuhi kos perbelanjaan di Kuala Lumpur yang mahal dengan memberikan kasih sayang kepada wanita-wanita lain.

Satu hari, atas cabaran rakan-rakan, Jimi berjaya mendapatkan kad perniagaan seorang awek baru, Natasya (Farhan AF4). Tasya lawat kelab Jimi, dan akhirnya mereka bercinta.

Regina (Jumie USM) memberi nasihat kepada Jimie agar berubah kepada lelaki yang 'baik'.

Kemudian kita pelajari yang Jimi ada sejarah hitam didera dan tidak disayangi.

Dengan ke-psiko-an yang ada pada Jimi, akhirnya Natasya hamil.

Dapatkah Jimi dengan ke-psiko-annya menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau? saksikanlah teater KASANOVA dari 4 hingga 6 Mei 2012. 8:30 malam

set pementasan Kasanova
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment